“Ini Hubungan Yang Sangat Toksik” – Datuk Khazrul Tak Sanggup Lagi Menipu, Dedah Pertunangan Dengan Zarina Anjoulie Hanya ‘Content’

Hiburan

“Ini Hubungan Yang Sangat Toksik” – Datuk Khazrul Tak Sanggup Lagi Menipu, Dedah Pertunangan Dengan Zarina Anjoulie Hanya ‘Content’

Usahawan, Datuk Khazrul Elzey yang dikaitkan dengan pelakon Zarina Anjoulie sebagai bakal suami mendedahkan bahawa kisah pertunangannya dengan aktres itu sekadar rekaan dan penipuan semata-mata.

Pertunangan hanyalah rekaan semata-mata

Maklum Khazrul, kisah rekaan itu dirancang Zarina bagi tujuan menaikkan kembali namanya dalam industri hiburan.

Advertisement

Sebenarnya fasal tunang ini semuanya hanyalah satu rancangan Anju bagi melonjakkan kembali namanya. Selepas enam bulan dia putus tunang, dia kembali memujuk saya untuk membantunya. Jadi saya tolonglah sebab saya sayangkan dia.

Ujarnya, dia ingin menghentikan segala penipuan da tidak melihat sebarang ‘ruang’ untuk dia meneruskan lagi sebarang hubungan cinta bersama Zarina.

Ini adalah hubungan yang toksik. Saya sudah tidak mahu terlibat lagi. Jodoh di antara kami mungkin tidak ada.

Sampai bila saya nak bantu dia menipu diri sendiri? Saya tak mahu teruskan sebab sudah penat nak hadap benda ni.

Tidak dapat restu ibu Anju

Malah, hubungan antara mereka berdua juga tidak mendapat restu daripada ibu Zarina, Norzaini Abdul Hamid.

Nak nikah di mana-mana pun boleh tapi masalahnya kena ada restu ibu. Saya dan Anju mungkin tak boleh bersama lagi sebab bagi saya restu keluarga itu sangat penting.

Dalam pada itu, Khazrul memberitahu kisahnya bersama Zaarina telah memberi impak negatif terhadap kerjayanya sebagai usahawan.

“Mereka akan tanya kepada saya apa yang berlaku dan saya perlu terangkan semuanya. Jadi perkara itu tidak baik untuk diri dan kerjaya saya” jelasnya lagi.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cucu lelaki penyanyi terkenal
2 months ago

"Bukan Nak Sokong Anak, Undang-Undang Ada" - Cucu Penyanyi Popular Didakwa C*bul Sepupu, Ibu Tampil Buat Kenyataan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...