“Bukan Nak Sokong Anak, Undang-Undang Ada” – Cucu Penyanyi Popular Didakwa C*bul Sepupu, Ibu Tampil Buat Kenyataan

Hiburan

“Bukan Nak Sokong Anak, Undang-Undang Ada” – Cucu Penyanyi Popular Didakwa C*bul Sepupu, Ibu Tampil Buat Kenyataan

Kecoh sebelum ini mengenai satu dakwaan yang menyatakan cucu lelaki kepada seorang penyanyi popular telah mencabul sepupu perempuannya yang masih di bawah umur.

Berikutan itu, ibu kepada remaja lelaki berkenaan tampil membuat penyataan setelah dia ditemui media ketika hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Februari lalu.

Advertisement

Maklum si ibu, dia hanya berserah kepada keadilan undang-undang dan bersyukur kerana apa yang didakwa sebelum ini tidak wujud.

Alhamdulillah, kita kan ada undang-undang. Kadang kita tak tahu bila benda nak jadi. Tapi sebab kita ada undang-undang, kita ada hospital kita boleh check semua benda.

cucu lelakiSumber : Kosmo Online  

So far Alhamdulillah tak ada apa-apa yang macam mana diceritakan sebelum ini. Bukan nak cakap sokong anak, salah kita akan salahkan tapi kalau anak kita tak bersalah kita sebagai mak akan lawan untuk dia.

Tambah si ibu lagi, dia tidak boleh bercerita lanjut kerana telah menyerahkan segalanya kepada peguam.

Cerita lebih pun saya tak boleh sebab dah ada peguam kan. InsyaAllah kebenaran akan keluar satu hari nanti. Sekarang semua berjalan lancar.

Terdahulu, seorang remaja lelaki yang juga cucu seorang penyanyi wanita era 70- an didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan sepupu perempuannya berusia 17 tahun Oktober lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Neelofa inai nunha
3 months ago

"Ini Jalan Terbaik Buat Kami" - Neelofa Hentikan Penjualan Inai NunHa Serta Merta Setelah Dua Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...