Saya Dan Neelofa Memang Berkawan Secara Serius – Hans Isaac

Hiburan

Saya Dan Neelofa Memang Berkawan Secara Serius – Hans Isaac

Baru-baru ini ketika menonton Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya, Abang Nara ternampak kelibat Neelofa. Terus hati Abang Nara berbisik “Mungkinkah Neelofa menemani Hans Isaac?“. Dan kemungkinan itu semakin meninggi apabila Hans Isaac mengakui yang dia kini berkawan secara serius dengan Neelofa.

hans isaac bercinta neelofa

Advertisement

Setelah digosipkan bercuti bersama-sama di Koh Samui, Hans Isaac hari ini tampil memberitahu Mstar Online yang dia enggan berkongsi perkembangan hubungan mereka kerana ianya terlalu peribadi. Kata Hans:-

Saya tidak nafikan kami memang berkawan secara serius pada waktu ini. Cuma, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana perkembangan hubungan kami kerana ia terlalu peribadi buat saya. Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak saya berkongsi cerita hubungan cinta dengan kekasih-kekasih terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang dipertikaikan itu dan ini.

neelofa bercinta hans isaac

Menerangkan mengenai percutiannya ke Koh Samui, Hans Isaac memberitahu yang dia bukannya bodoh dan tidak peka dengan sensitivi agama dan budaya. Kata Hans:-

Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini. Hakikatnya, saya pergi ke Koh Samui bersama sepupu dan rakan-rakan. Kalau pun saya hendak pergi bercuti dengan dia, tentulah kami akan pergi secara berkumpulan dan bukan berduaan sahaja. Saya bukan bodoh dan tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya.

hans isaac bercinta neelofa
Hmmmmm. Pasti ramai jejaka yang gigit jari apabila mendengar kata-kata daripada Hans Isaac ini. Apa pun Abang Nara tengok Hans Isaac dan Neelofa memang sama cantik sama padan. Tak salah kalau mereka berdua bercinta. Semoga perhubungan mereka akan berubah daripada kawan kepada kekasih dan seterusnya kepada suami isteri. Sama-sama kita doakan.

P.S: Casing untuk iPhone 5 anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

118 Comments

  1. JoyahJinki

    October 16, 2012 at 1:45 pm

    neelopak berlopak ni dah x femes, tu dia suh hans ngaku deme kapel..
    nak naikkan balik populariti dia la tuuu..
    kesian aku nengok..
    kahkahkah

    • eh betul ke

      October 16, 2012 at 7:11 pm

      Dah pulakkk.hans yg kuar knyataan,nilopa plak mintak difofularkn balik?mcm2 tau uoll ni.klaka sgt.babap kang

  2. dina

    October 16, 2012 at 12:54 pm

    hans ni tak serik serik ke. tengoklah, takdanya neelopak ni nak serius sampai tahap kahwin. dia ni kan perasan diva.

    dahlah hans, ko ni pun nak taraf model. patutler tak kahwin kahwin . memilih sangat.

    • dinasor

      October 16, 2012 at 3:09 pm

      model tua..hehehehe…kalau dulu boleh lah nak kata macho.. sekarang ni boleh minum anlene gold dah…tak sesuai langsung ngan neelofa.. kalau ngan linda onn boleh lah.

    • Anonymous

      October 16, 2012 at 5:45 pm

      linda onn? ngan ogy boleh la..haha

  3. asam boi

    October 16, 2012 at 11:41 am

    hans tu kaya… mestilah lopak nak.. sapa tak mau kawan ngan laki kaya.. btw muka hans tu kan ala2 senang je boleh kencing… ermm kalau erra dpt jam rolex.. lopak akan pastikan lebih dari tu dpt kikis.. baru kawan sket dpt jawatan jaga kerusi.. ok le tuu.. keep it up.. hehehe

    • eh betul ke

      October 16, 2012 at 1:07 pm

      Lopak x yah nk kikis susah pyh.bek dia kikis harta mak bapak dia yg fulamak kaya tu.kurg2 xde tgadai body.ah,x rela x rela.alahai,x kikis pon dia bley bdiri atas kaki sendirik

  4. fizzo

    October 16, 2012 at 11:07 am

    memang lakonan Neelofa kureng…. tapi suka tengok dia jadi pengacara, terserlah kepandaian dia dan rawat wajah yang nampak tenang. Hans dgn Neelofa mcm kurang sepadanlah, tapi kalau da jodoh, apa nak di kato kan?

  5. Anonymous

    October 16, 2012 at 10:04 am

    to neelofa.boleh x stop blakon sbb kau blakon x best langsung! aku yg tgok nk kate benci dengan watak tu pun tidak, mnyampah pun tidak suka pun tidak. yang aku perasan bila sampai watak kau je aku mcm terpinga2,,,mcm da x paham dengan cerita..tolong la dgn gelak dan sedih yg dibuat2 tu…kau teruskanlah jadi duta avon ngan duta tilam je..ckop la..x pon g shoot magazine atleast jgn masuk akasia,movie etc… pls…pls….

    • Ratna

      October 16, 2012 at 10:13 am

      Very true. Jadi model boleh lah, duta ke apa tu sesuai lah. Tapi not actress, dear :)

    • JoyahJinki

      October 16, 2012 at 1:51 pm

      walaupun dia belakon watak baik, aku tetap benci nengok dia belakon..xtau nape, meluat sesangattt..
      :(

Loading...