Baru-baru ini ketika menonton Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya, Abang Nara ternampak kelibat Neelofa. Terus hati Abang Nara berbisik “Mungkinkah Neelofa menemani Hans Isaac?“. Dan kemungkinan itu semakin meninggi apabila Hans Isaac mengakui yang dia kini berkawan secara serius dengan Neelofa.
Setelah digosipkan bercuti bersama-sama di Koh Samui, Hans Isaac hari ini tampil memberitahu Mstar Online yang dia enggan berkongsi perkembangan hubungan mereka kerana ianya terlalu peribadi. Kata Hans:-
Saya tidak nafikan kami memang berkawan secara serius pada waktu ini. Cuma, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana perkembangan hubungan kami kerana ia terlalu peribadi buat saya. Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak saya berkongsi cerita hubungan cinta dengan kekasih-kekasih terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang dipertikaikan itu dan ini.
Menerangkan mengenai percutiannya ke Koh Samui, Hans Isaac memberitahu yang dia bukannya bodoh dan tidak peka dengan sensitivi agama dan budaya. Kata Hans:-
Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini. Hakikatnya, saya pergi ke Koh Samui bersama sepupu dan rakan-rakan. Kalau pun saya hendak pergi bercuti dengan dia, tentulah kami akan pergi secara berkumpulan dan bukan berduaan sahaja. Saya bukan bodoh dan tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya.
Hmmmmm. Pasti ramai jejaka yang gigit jari apabila mendengar kata-kata daripada Hans Isaac ini. Apa pun Abang Nara tengok Hans Isaac dan Neelofa memang sama cantik sama padan. Tak salah kalau mereka berdua bercinta. Semoga perhubungan mereka akan berubah daripada kawan kepada kekasih dan seterusnya kepada suami isteri. Sama-sama kita doakan.
Aku Xminat retissssss!!
October 16, 2012 at 11:23 pm
Gigit jari????sape??Ko ke Nara???/hahahhhaaa…………..
Pingback: Hot Trending For 2012.10.16 : Neelofa | Rock It MySelebriti
Menyampah
October 16, 2012 at 5:12 pm
si hans ni..pung pang pung pang asyik bercinta…
tpi haram semua x jadi…
.
October 16, 2012 at 5:10 pm
dulu masa lofa mula2 jdi artis aku suka ngan dia…tpi skg aku cam x berapa minat kat dia la mgkn sb kontrovesi dia y lbh..kalau jodoh dia ngan hans..alahai cam x sesuai la..hans tu dh tua la n dh x macho la..bekas2 orang pn ye…kalau hans ngan linda onn ke..nasha ke..baru la sesuai sb sewaktu dgnnya…
takeiteasy
October 16, 2012 at 1:47 pm
X menarik pn !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!