Saya Dan Neelofa Memang Berkawan Secara Serius – Hans Isaac

Hiburan

Saya Dan Neelofa Memang Berkawan Secara Serius – Hans Isaac

Baru-baru ini ketika menonton Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya, Abang Nara ternampak kelibat Neelofa. Terus hati Abang Nara berbisik “Mungkinkah Neelofa menemani Hans Isaac?“. Dan kemungkinan itu semakin meninggi apabila Hans Isaac mengakui yang dia kini berkawan secara serius dengan Neelofa.

hans isaac bercinta neelofa

Advertisement

Setelah digosipkan bercuti bersama-sama di Koh Samui, Hans Isaac hari ini tampil memberitahu Mstar Online yang dia enggan berkongsi perkembangan hubungan mereka kerana ianya terlalu peribadi. Kata Hans:-

Saya tidak nafikan kami memang berkawan secara serius pada waktu ini. Cuma, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana perkembangan hubungan kami kerana ia terlalu peribadi buat saya. Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak saya berkongsi cerita hubungan cinta dengan kekasih-kekasih terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang dipertikaikan itu dan ini.

neelofa bercinta hans isaac

Menerangkan mengenai percutiannya ke Koh Samui, Hans Isaac memberitahu yang dia bukannya bodoh dan tidak peka dengan sensitivi agama dan budaya. Kata Hans:-

Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini. Hakikatnya, saya pergi ke Koh Samui bersama sepupu dan rakan-rakan. Kalau pun saya hendak pergi bercuti dengan dia, tentulah kami akan pergi secara berkumpulan dan bukan berduaan sahaja. Saya bukan bodoh dan tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya.

hans isaac bercinta neelofa
Hmmmmm. Pasti ramai jejaka yang gigit jari apabila mendengar kata-kata daripada Hans Isaac ini. Apa pun Abang Nara tengok Hans Isaac dan Neelofa memang sama cantik sama padan. Tak salah kalau mereka berdua bercinta. Semoga perhubungan mereka akan berubah daripada kawan kepada kekasih dan seterusnya kepada suami isteri. Sama-sama kita doakan.

P.S: Casing untuk iPhone 5 anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...