Written by Bella | January 16th, 2017

Minggu lepas, ada laporan akhbar mengatakan Fattah Amin dan Neelofa kini sudah berbaik semula selepas menghadapi beberapa kontroversi. Malah, Fattah dikatakan berusaha sebaiknya untuk menawan hati Neelofa semula.

Berbicara mengenai berita berkenaan, Fattah akui masih lagi berkawan dengan Neelofa dan hubungan mereka baik-baik sahaja. Buat Fattah, beliau enggan lagi membangkitkan apa yang telah terjadi sebelum ini.

Hubungan kami baik-baik sahaja dan masih berkawan. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini. Tentang cerita masa lalu, saya tak mahu ungkit dan tak mahu ulas walaupun saya tahu ramai yang membuat andaian sendiri sekarang ini apabila bercakap soal hubungan kami.

Kalau nak cakap tentang cerita yang bertebaran, belum tentu semua itu benar! Sekarang semua orang mahu jadi yang pertama mendedahkan sesuatu berita. Tak mengapalah asalkan tidak memberikan kesan buruk kepada kami.

Buat Fattah, lebih baik untuk orang ramai mendoakan yang terbaik untuk beliau dan Neelofa dan berhenti membuat cerita yang tidak benar.

Pada masa yang sama, Fattah menjelaskan lagu Wanita Terakhir sejujurnya ditujukan buat  “si dia” yang kini cukup bermakna dalam hidupnya. Walaubagaimanapun, Fattah belum bersedia untuk mendedahkan siapakah gerangan wanita tersebut.

Ya, saya tidak mampu nafikan bahawa lagu itu adalah gambaran hati dan harapan saya juga. Saya akan terus menantikan ‘dia’ sampai bila-bila pun. Cuma buat masa sekarang, jangan tanya saya siapakah si ‘dia’ itu. Belum masanya untuk saya beritahu siapa yang dimaksudkan.

Tidak mengapalah, harapnya satu hari nanti Fattah Amin dapat tampil menjelaskan siapakah wanita yang sangat bermakna dan dinantikan oleh beliau itu. Ia sekaligus akan menjawab segala persoalan yang kini bermain di minda peminatnya.

Sumber Berita : Utusan Online

14 responses to Saya Dan Neelofa Masih Berkawan, Tidak Perlu Ungkit Cerita Lalu – Fattah Amin

  1. minah jambu shameless says:

    dah2 la tu citer diaorg ni. meluat ak rasa. patah jgn ingat ak xtau ko ni gay flex. ko x minatnya kat pompuan. species sama mcm nazim othman, adam af, yusry kru la ko ni. sian kat peminat kena tipu idup2. haha.

    4

    7
    • Minah Jambu Bebal says:

      Kau ni bodoh ke ? Nazim, Yusry, Adam kan ada isteri. Lisa tu mngndung 2x dah. Fitnah org sedap je. Mcm kau prnh kena jolok ng dyorg.

      14

      0
      • minah latoya mulot longkang vazzzz says:

        Ala ade wife x semestinya straight adik oi. Ramai je yg kawin sbb terpaksa tp still buat sex ngan jantan. Cam si nazim tu. Dlu steward MAS kan? Dia tu penah ade bf masa dlu. sombong nak mampus masa jadi steward. Padahal keje steward je

        6

        0
    • Anonymous says:

      Artis Melayu yg handsome, sado ni banyak yang gay ke??? Isk…isk… kesian sungguh. Allah tak mengaku umat bro kalau jadi pengikut Nabi Luth. Nama je Islam tak hidup langsung tak Islam. Mcm mana org bukan Islam nak hormat kita kalau kita yg Islam sendiri tak hormat diri sendiri.

      4

      1
    • Anon says:

      Tak pe Minah Jambu Shamless oi. Jangan lupe get ready untuk jumpe diorang dekat Mahsyar ye? Jari jemari kau tu menjadi saksi. Sekian!

      9

      0
    • jojo says:

      Hurm x pelik pun citer celebrities gay ni. Kan industry hiburan ni penuh ngan gays. Tu kenyataan la. Start dari director, ke jurumekap, ke pelatih gym, ramai je la gay. So kalau dgr citer artist gay ni x pelik la.

      And sape cakap kalau laki dh kawin maksudnya straight? Hello cik jah oi. Laki sekarang yg gay ramai kawin sbb diaorg rasa berdosa duk dlm dunia gay ni. Lagipun agama, ejekan masyarakat sume tu menyebabkan diaorg tertekan untuk kawin.

      Ramai je ak tau dah kawin tp still ade account grindr

      1

      2
      • Hamba Allah says:

        Lantak diorang la wey! Tu urusan diorang dengan Allah. Kau sibuk nak buat ape? Yang catit amalan baik buruk diorang bukan korang pon. Jage diri sendiri sudah! Nak melawan kuase Allah ke hape sampai semua benda diorang buat korang semua tahu? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

        6

        0
  2. Mat Ronggeng says:

    Biaq pi la pasal lagu hang yg heavy use.of voice synthesizer tu. Ko KANTOI apa dgn Neelofa ??

    4

    1
  3. minah jambu suka sahara yaakop says:

    semoga fatah bahgia ngan nlofa n semoga ada jodoh…lov u fatahh…

    2

    5
  4. Anonymous says:

    ni peminat diorg y over….lofatah laa konon nye….poyo…

    3

    3
  5. Anonymous says:

    da lagi kisah mamat ni. cuba upkan cerita seni. ni asyik kisah cerita dongeng je…

    3

    0
  6. AkuHateLopatah says:

    Gosip murah.what the hell.ko dh tkde ctr len ke nara geli ak.nak je ak bako beautifulnara ni.t bkn beautiful.jadi rentungnara lak.blergh

    2

    0
  7. Sam says:

    So hajjah yg kena game dgn pattah ke pattah yg kena game dgn hajjah? hhahahaha.
    Whateverla jantan wooi ada kami kesah.

    4

    1
  8. no woman man cry says:

    aku doakan fattah n.neelofa kekal bahagia hingga ke fasa yg lebihhhhh bahagia!!!

    org2 di sini yg mulut mcm.puaka ngumpat n fitnah fattah tu gay, korang tggu la balasan dri Allah. azab org yg suka fitnah adalah sungguh dahsyat tauuuu!!!!

    4

    0