Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hubungan Fattah Amin Dan Neelofa Kembali Pulih

Sejak kebelakangan ini, hubungan Fattah Amin dan Neelofa dikatakan berantakan kerana wujudnya pelbagai perkara termasuklah isu orang ketiga.

Advertisement

Boleh tahan hangat juga kisah mereka diperkatakan oleh ramai lebih-lebih lagi peminat fanatik mereka yang agak kecewa ketika ada khabar angin mengatakan hubungan mereka sudah berakhir.

Terbaru menerusi ruangan Mary Jane di akhbar Mingguan Malaysia di slot Pancaindera, beliau memberitahu hubungan Fattah dan Neelofa sudah kembali pulih. Khabarnya, Fattah lah yang berusaha untuk memujuk hati Neelofa dan meneruskan kisah mereka ke arah yang lebih baik.

Wah, ini adalah berita baik buat peminat Lofattah, nampaknya kasih sayang antara mereka masih lagi utuh.  Ermm, kalau rasa masing-masing mempunyai keserasian, janganlah tunggu lama-lama.  InshaAllah, ramai yang akan mendoakan hubungan Fattah Amin dan Neelofa bukan?

Sumber Berita : Utusan Malaysia

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top