Berbicara mengenai berita berkenaan, Fattah akui masih lagi berkawan dengan Neelofa dan hubungan mereka baik-baik sahaja. Buat Fattah, beliau enggan lagi membangkitkan apa yang telah terjadi sebelum ini.
Hubungan kami baik-baik sahaja dan masih berkawan. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini. Tentang cerita masa lalu, saya tak mahu ungkit dan tak mahu ulas walaupun saya tahu ramai yang membuat andaian sendiri sekarang ini apabila bercakap soal hubungan kami.
Kalau nak cakap tentang cerita yang bertebaran, belum tentu semua itu benar! Sekarang semua orang mahu jadi yang pertama mendedahkan sesuatu berita. Tak mengapalah asalkan tidak memberikan kesan buruk kepada kami.
Buat Fattah, lebih baik untuk orang ramai mendoakan yang terbaik untuk beliau dan Neelofa dan berhenti membuat cerita yang tidak benar.
Pada masa yang sama, Fattah menjelaskan lagu Wanita Terakhir sejujurnya ditujukan buat “si dia†yang kini cukup bermakna dalam hidupnya. Walaubagaimanapun, Fattah belum bersedia untuk mendedahkan siapakah gerangan wanita tersebut.
Ya, saya tidak mampu nafikan bahawa lagu itu adalah gambaran hati dan harapan saya juga. Saya akan terus menantikan ‘dia’ sampai bila-bila pun. Cuma buat masa sekarang, jangan tanya saya siapakah si ‘dia’ itu. Belum masanya untuk saya beritahu siapa yang dimaksudkan.
Tidak mengapalah, harapnya satu hari nanti Fattah Amin dapat tampil menjelaskan siapakah wanita yang sangat bermakna dan dinantikan oleh beliau itu. Ia sekaligus akan menjawab segala persoalan yang kini bermain di minda peminatnya.