Sebelum ini pelakon dan pengacara, Harris Alif memaklumkan bahawa dia dan isteri, Intan Ladyana disahkan positif Covid-19.
Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Harris atau nama lengkapnya Nor Harris Alif bin Nor Rashidi memberitahu dia dan isteri kini berada dalam keadaan baik.
Menurut Harris, 22, dia ketika ini sedang menjalani kuarantin di rumah manakala Intan perlu menghabiskan kuarantin di hospital.
Alhamdulillah saya masih kuarantin di rumah dan isteri di hospital. Saya dan Intan dalam keadaan yang baik.
Tambah pengacara rancangan Generasi Z itu, isterinya yang kini sarat mengandung anak pertama mereka perlu menghabiskan tempoh kuarantin di Hospital Sungai Buloh (HSB).
Intan kena habiskan kuarantin di hospital lagi lapan hari. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya, isteri dan bayi.
Terdahulu, Harris dan Intan dilaporkan dijangkiti wabak berkenaan sekitar dua hari lepas dan Intan terpaksa dikejarkan ke HSB sebaik disahkan positif kerana berisiko tinggi.
Baca: “Saya Minta Semua Doakan Kesihatan Intan Dan Bayi Dalam Kandungan” – Harris Alif