“Saya Minta Semua Doakan Kesihatan Intan Dan Bayi Dalam Kandungan” – Harris Alif

Hiburan

“Saya Minta Semua Doakan Kesihatan Intan Dan Bayi Dalam Kandungan” – Harris Alif

Penyanyi dan pengacara, Harris Alif meminta orang ramai mendoakan kesihatan isterinya, Intan Ladyana dan bayi dalam kandungan yang terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif Covid-19.

Harris atau nama lengkapnya Nor Harris Alif bin Nor Rashidi berkata, isterinya dikejarkan ke hospital kira-kira jam 8 malam selepas keputusan ujian PCR dan RTK positif.

Advertisement

Menurut Harris, 22, terdahulu hanya dia yang dijangkiti virus itu dan sudah empat hari menjalani kuarantin kendiri di rumah tetapi cuma Intan sahaja yang dibawa ke hospital.

Mungkin Intan dapat pun dari saya sebab kami tinggal serumah walapun sudah asingkan diri. Dia mengadu tak sedap badan sampailah ambil keputusan untuk membuat ujian calitan.

Tambah Harris, sebaik sahaja mengetahui keputusan positif, dia terus hubungi pihak Kementerian Kesihatan. Intan merupakan golongan risiko tinggi kerana dia kini hamil tujuh bulan.

Saya minta semua doakan kesihatan Intan dan bayi dalam kandungan. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan dipermudahkan urusan kami.

Dalam pada itu, pengacara rancangan Generasi Z itu memaklumkan Intan dijangka melahirkan anak sulung mereka Februari nanti.

Info tambahan,  Intan dan Harris selamat mendirikan rumah tangga di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada 4 Februari lalu.

Baca: Intan Ladyana & Harris Alif Dikejarkan Ke Hospital Sungai Buloh Kerana Positif COVID-19

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...