“Saya Dah ‘Travel’ Ke 33 Negara Tapi Penduduk Di Sini Kurang Ajar” – Wanita Beri 5 Sebab Kenapa Tak Suka Singapura

Travel

“Saya Dah ‘Travel’ Ke 33 Negara Tapi Penduduk Di Sini Kurang Ajar” – Wanita Beri 5 Sebab Kenapa Tak Suka Singapura

Tular di TikTok video dimuat naik oleh seorang pelancong wanita yang berkongsi tentang satu negara yang tidak digemarinya.

Menerusi video itu, Grace berkata dia telah mengembara sehingga 33 negara namun Singapura merupakan negara yang tidak disukainya.

Advertisement

Dia juga turut menyenaraikan beberapa sebab mengapa negara jiran kita itu tidak berada di dalam senarai ‘favorite countries’.

Sebab pertama yang dinyatakan Grace adalah kerana melalui pengalamannya penduduk tempatan Singapura kurang ajar dan tambahnya setiba dia di lapangan terbang pun dia telah berdepan dengan sikap pemandu teksi yang tidak beradab.

singapore

Selain itu, Grace juga berkata ketika berada di Singapura dia tidak berasa seperti sedang bercuti ke negara Asia kerana terlalu  banyak benda yang mempunyai pengaruh Barat.

Wanita itu turut mengungkit tentang kos di Singapura yang mahal terutamanya harga bilik yang ditempah iaitu Marina Bay Sands.

Saya tak faham mengapa orang ramai obses dengan hotel ini. Saya pernah tinggal di banyak hotel lain yang lebih baik dengan harga berbaloi.”

@gracietravels im sorry Singapore ? #singapore #sinagporetiktok #traveltips #travelfyp #thetruth #traveltiktok ? love nwantinti (ah ah ah) – CKay

Perkongsian Grace meraih perhatian ramai warganet yang memberikan pelbagai reaksi berbeza malah ada penduduk Singapura sendiri turut bersetuju dengannya.

Ramai yang mengkritik Grace kerana menempah hotel yang memang diketahui mewah tetapi mengadu pula tentang harga biliknya.

Dalam pada itu, terdapat segelintir individu yang bersetuju dengan pendapatnya tetapi ada juga yang mempunyai pandangan yang berbeza dan menyukai Singapura.

syed
2 years ago

(VIDEO) "Singapura 6 - 1 Malaysia" - Konsert Coldplay, Syed Saddiq Anggap Negara Terlepas Peluang Ekonomi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...