(VIDEO) “Singapura 6 – 1 Malaysia” – Konsert Coldplay, Syed Saddiq Anggap Negara Terlepas Peluang Ekonomi

Kehidupan

(VIDEO) “Singapura 6 – 1 Malaysia” – Konsert Coldplay, Syed Saddiq Anggap Negara Terlepas Peluang Ekonomi

Ahli pengasas MUDA, Yang Berhormat Syed Saddiq menganggap negara Malaysia sudah terlepas banyak peluang ekonomi yang sepatutnya boleh dihasilkan melalui penganjuran Konsert kumpulan antarabangsa, Coldplay.

Berbeza pula dengan negara jiran iaitu Singapura yang mengadakan konsert tersebut selama enam hari berturut-turut.

Advertisement

Menurut Syed, negara Singapura mungkin boleh mengutip hasil sebanyak RM180 juta daripada kutipan jualan tiket sahaja.

coldplay

Stadium Nasional Singapura boleh memuatkan 50,000 penonton dalam satu masa dengan harga purata satu tiket sekitar RM600, jadi kutipan boleh mencecah RM30 juta sehari.

Bukan itu sahaja, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata Singapura juga akan mendapat keuntungan ekonomi daripada peminat luar negara yang datang untuk menghadiri konsert tersebut.

Kos tiket penerbangan, F & B operators, restaurants, hotel, event management, semua dapat merasai nikmatnya juga.

Jelasnya lagi, negara luar kini sedang merebut peluang keemasan untuk menjana lebihan ekonomi namun negara Malaysia masih sibuk bertengkar mengenai penganjuran konsert.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

coldplay
1 year ago

Terpilih Jadi 'Opening Act' Konsert Coldplay, Bunga Isme Jawab Pertikaian Ramai - "Saya Pun Terkejut.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...