“Saya Dah Tak Ada Rumah Sekarang” – Rumah Afieq Shazwan Dilanda Banjir

Hiburan

“Saya Dah Tak Ada Rumah Sekarang” – Rumah Afieq Shazwan Dilanda Banjir

Penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan memaklumkan bahawa dia dan neneknya terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Klang, Selangor akibat situasi banjir yang semakin memburuk.

Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros, akui tidak pernah sangka dan menduga akan alami perkara begini dan terpaksa mencari tempat berteduh sementara.

Advertisement

Menurutnya, ini kali pertama kawasan perumahan yang diduduki bersama neneknya itu dilanda banjir.

Terakhir kali banjir pun masa mama umur 12 tahun. Bayangkan berapa lama tak jadi macam ini (banjir). Saya pun tak pernah terfikir dek akal akan jadi macam ini.

Penyanyi lagu Malam Semakin Dingin itu memberitahu dia dan neneknya kini sudah pun berada di sebuah kawasan luar dari Klang dan mereka dalam keadaan selamat.

Saya puas pujuk nenek untuk sama-sama ikut keluar dan tinggalkan rumah. Memang tiada cara lain, demi keselamatan saya dan mama (nenek).

Terdahulu, menerusi InstaStory, Afieq turut berkongsi keadaan di dalam rumahnya yang dinaiki air hingga ke paras buku lali.

Afieq terpaksa ‘melarikan diri’ sejauh empat kilometer dari kediamannya di Klang demi mendapatkan akses internet dan liputan telefon akibat masalah jaringan disebabkan rumahnya yang dinaiki air banjir.

Baca: Enggan Mengenang Kisah Cinta Lama, Afieq Shazwan Nekad Bakar Surat Cinta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...