“Saya Dah Fikir Masak-Masak, Tak Mungkin Dapat..” – Keputusan Muktamad, Konsert Siti Nurhaliza Tiada Penambahan Hari Dan Tiket

Hiburan

“Saya Dah Fikir Masak-Masak, Tak Mungkin Dapat..” – Keputusan Muktamad, Konsert Siti Nurhaliza Tiada Penambahan Hari Dan Tiket

Tak ingin mengecewakan peminat, namun disebabkan satu dan lain hal, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa tiada penambahan hari dan tiket untuk konsertnya yang akan dilangsungkan pada 9 Mac 2024.

Mohon maaf

Kata Siti, dirinya terpaksa membuat keputusan tersebut selepas pertimbangan yang dilakukan olehnya dan pasukan. Menurut penyanyi ini, jika ada tambahan hari maka akan menganggu ketetapan perkara yang lain.

Advertisement

Kalau saya buat 10 Mac, sudah dekat dengan Puasa. Kalau 8 Mac pula adalah hari terakhir raptai konsert.

Saya dan pasukan dah fikir masak-masak. Sudah cuba untuk pertimbangkan, jadi tak mungkin dapat tambah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Akan cuba buat dua hari

Tidak mahu para peminat berasa sedih, dirinya turut berkata bahawa dia akan mencuba untuk melaksanakan hajat peminatnya untuk melakukan konsert selama dua hari di masa akan datang.

Saya mohon maaf ramai tidak berkesempatan sebab tiket dah habis dijual. InsyaAllah konsert seterusnya, saya fikir untuk buat selama dua hari.

Terdahulu, media sosial digemparkan dengan berita bahawa tiket konsert Siti Nurhaliza telah habis dijual dalam masa yang singkat dan membuatkan ramai yang kecewa kerana terlepas peluang untuk berjumpa dengan penyanyi terkemuka ini.

ctdk
2023-12-28 11:45:51

"Janganlah Sedih, Sekejap Ya Kami Tengah Usaha.." - Ramai Peminat Masih Kecewa, Siti Nurhaliza Rancang Tambah 'Seat' Di Konsert

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal