“Janganlah Sedih, Sekejap Ya Kami Tengah Usaha..” – Ramai Peminat Masih Kecewa, Siti Nurhaliza Rancang Tambah ‘Seat’ Di Konsert

Hiburan

“Janganlah Sedih, Sekejap Ya Kami Tengah Usaha..” – Ramai Peminat Masih Kecewa, Siti Nurhaliza Rancang Tambah ‘Seat’ Di Konsert

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui masih dalam usaha bagi menambahkan bilangan kerusi di Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung pada 2 Mac tahun hadapan di Axiata Arena.

Menurut Siti atau lebih mesra digelar Tok Ti ini, dia berharap agar peminatnya tidak terlalu bersedihan kerana terlepas peluang untuk mendapatkan tiket konsertnya yang telah sold out dalam masa dua jam semasa jualan tiket beberapa hari lalu.

Advertisement

Janganlah sedih, sekejap ya. Saya dan pasukan saya tengah berusaha sebanyak mungkin untuk tambah lagi seat. Kasihanilah kami juga kelam-kabut.

Ramai yang telefon saya, Datuk K, PA saya, anak-anak saya, adik-beradik, semua minta dan tanya ada lagi tak tiket. InsyaAllag saya akan cuba berikan yang terbaik.

Kata penyanyi popular ini lagi, dia dan yang lain juga tidak menyangka tiket konsertnya itu akan habis terjual dalam masa yang sangat singkat. Oleh itu, dirinya akan cuba semana yang boleh untuk memenuhi permintaan orang ramai yang masih kecewa.

Sebelum ini, Tok Ti menyatakan rasa syukur apabila tiket konsertnya habis terjual dari tempoh dua jam namun dirinya juga menyedari ramai di antara peminatnya yang tidak berpuas hati dengan tempat konsert yang dipilih itu kerana tidak dapat menampung jumlah peminat yang ramai.

tokti
4 months ago

"Terima Kasih Dari Lubuk Hati Terdalam.." - Tiket 'Sold Out' Dalam Masa Dua Jam, Tok Ti Terharu Sambutan Peminat Memberangsangkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...