“Terima Kasih Dari Lubuk Hati Terdalam..” – Tiket ‘Sold Out’ Dalam Masa Dua Jam, Tok Ti Terharu Sambutan Peminat Memberangsangkan

Hiburan

“Terima Kasih Dari Lubuk Hati Terdalam..” – Tiket ‘Sold Out’ Dalam Masa Dua Jam, Tok Ti Terharu Sambutan Peminat Memberangsangkan

Salah satu konsert yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, telah berjaya menjual semua tiket dalam tempoh dua jam selepas kaunter pembelian atas talian telah dibuka.

Penyanyi nombor satu Malaysia ini turut meluahkan rasa gembira dan terkejut ketika diberitahu para peminatnya yang bersemangat untuk menghadiri konsertnya itu telah berjaya membuat tiketnya sold out dalam masa yang singkat.

Advertisement

Alhamdulillah. Terima kasih dari lubuk hati terdalam. Maafkan saya kepada yang tak dapat membelinya. Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga.

Saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya. Ada rezeki di persembahan yang lain nanti. Doakan saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Difahamkan juga ramai peminat yang meminta agar Siti Norhaliza atau lebih mesra dipanggil Tok Ti ini agar menambah hari untuk konsert tersebut supaya dapat memberi peluang yang sama kepada peminat yang lain untuk menghadiri acara tersebut.

Namun, disebabkan alasan-alasan tertentu, Tok Ti dan pihaknya tidak dapat menjanjikan hal tersebut kerana tarikh persembahan itu sudah menghampiri bulan puasa.

Walaupun begitu, penyanyi terkemuka ini berdoa agar rezekinya diperluas supaya dapat mengadakan konsert lain di masa akan datang untuk peminat-peminat setianya.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

CTDK
5 months ago

"Palestin Tengah Berperang, Masih Nak Buat Ke?" - Dipersoal Buat Konsert Saat Konflik Gaza, Tenang Je Siti Nurhaliza Beri Respon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...