Demi memikirkan masa hadapan kariernya, penyanyi Kaka Azraff telah mengambil inisiatif sendiri untuk berjumpa dengan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan meminta pendapat dan nasihat berkenaan hala tuju kariernya selepas tidak lagi bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.
Tidak keseorangan
Menurut Kaka, dia bersyukur kerana meskipun negara tidak mempunyai akta khusus berkaitan muzik, kerajaan masih mengambil tahu tentang karya anak seni di Malaysia.
Saya bersyukur dan gembira sebab tahu saya tidak keseorangan. Menteri cuma mahu dengar daripada saya apa yang telah terjadi. Saya juga maklumkan apa yang saya akan lakukan untuk karier saya selepas ini.
View this post on Instagram
Perlu sokongan untuk masa hadapan
Pada masa yang sama, penyanyi ini turut menyatakan bahawa dirinya sudah ada perancangan tentang kariernya yang perlu bergerak sendiri tanpa sokongan dari syarikat rakaman. Namun, Kaka juga perlu sokongan dari kerajaan untuk berbuat demikian.
Untuk tahun ini saya lebih memikirkan mengenai perancangan yang perlu dilakukan. Saya dah bergerak sendiri sebagai penyanyi. Itu memerlukan keyakinan yang tinggi.
Sebenarnya, anak seni patut tahu, kita ada kerajaan yang boleh membantu, bukan syarikat rakaman sahaja.
View this post on Instagram
Sebelum ini, kontrak Kaka telah ditamatkan oleh syarikat rakamannya, Warner Music Malaysia atas sebab didakwa lantang bersuara mengenai isu peperangan di Palestin.