“Saya Dah 10 Tahun Jadi Pelanggan..” – Kes Kuku Dalam Makanan, Azhar Sulaiman Syak Ada Yang Cuba Khianat

Hiburan

“Saya Dah 10 Tahun Jadi Pelanggan..” – Kes Kuku Dalam Makanan, Azhar Sulaiman Syak Ada Yang Cuba Khianat

Pelakon terkenal, Azhar Sulaiman tampil memberi respon mengenai isu yang tular membabitkan sebuah restoran yang didakwa tidak menjaga kebersihan apabila pelanggan menjumpai cebisan kuku dalam makanan yang dibeli di kedai mereka.

Kata Azhar, dia sudah lama menjadi pelanggan tetap di restoran itu dan tidak pernah mempunyai pengalaman aneh dan menjijikkan seperti apa yang tular di media sosial baru-baru ini.

Advertisement

Dia meluahkan pendapatnya itu menerusi satu video TikTok yang kemudiannya dipadam tidak lama kemudian.

Jelasnya, cebisan kuku yang dijumpai itu tidak ubah seperti satu perbuatan khianat oleh seseorang yang cuba untuk menjatuhkan reputasi restoran tersebut.

TwitterSumber : Twitter  

Ini pertama kali berlaku, sebagai pelanggan Sambal Hijau dah masuk lebih 10 tahun, saya pasti saya dan orang lain tak pernah jumpa kuku atau benda lain.

Kalau jumpa satu atau secebis kuku saya percaya la, tapi kalau jumpa banyak sangat kuku, saya rasa seseorang cuba sabotaj awak Sambal Hijau.

Mengimbas kembali, seorang individu telah mendedahkan bahawa dia menemui beberapa cebisan kuku yang telah dipotong dalam makanan yang dipesan di restoran yang terkenal di sekitar Sungai Penchala itu.

Menurut individu itu, ibunya sudah mengunyah beberapa cebisan kuku tersebut sebelum menyedarinya.

Sharnaaz Ahmad
12 months ago

Dikritik Pilih Teman Wanita Muda, Ini Respon Sharnaaz Ahmad - " Awak Adalah Definisi Wanita Kendur"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TIkTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...