Penyanyi Adira Suhaimi masih memberi semangat dan dorongan kepada suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau digelar Datuk Red itu meskipun sudah diumumkan muflis sejak 2019.
Beri sokongan selagi boleh
Walaupun dilanda masalah keluarga dan di ambang perceraian, penyanyi ini masih ingin memberi sokongan kepada Datuk Red selagi suaminya itu masih ingin berusaha untuk mencari penyelesaian dan rezeki.
Saya macam mana pun tetap beri sokongan kepada Datuk Red selagi dia mahu berusaha. Saya akan sentiasa sokong.
Saya cuba bantu apa yang boleh antaranya adalah bagi dia semangat.
@beautifulnara #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment ♬ See You Again – Melodia Simples
Berharap orang ramai beri semangat
Dalam masa yang sama, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut meminta orang ramai untuk memberi semangat pada Datuk Red dan tidak mengecam atau menghakimi suaminya itu lagi-lagi di masa susah sekarang ini.
Kalau dia nak berusaha itu, Alhamdulillah. Jangan bagi dia down lagi, harap semua orang bagi dia semangat.
Memandangkan dia sedang berusaha ini, kita bantulah apa yang boleh tolong.
View this post on Instagram
Terdahulu, Datuk Red mendedahkan sebuah kenyataan yang mengejutkan orang ramai apabila dirinya diisytihar muflis sejak lima tahun dahulu dan tiada lagi punca pendapatan. Difahamkan juga, Adira perlu menanggung kehidupan keluarganya kerana Datuk Red yang tidak bekerja.