Saya Bukan Perempuan Jahat – Fara Mendoza

Hiburan

Saya Bukan Perempuan Jahat – Fara Mendoza

Fara Mendoza, nama yang sebelum ini tidak begitu dikenali mula menjadi perhatian ramai hanya dalam sekelip mata selepas mendedahkan perbuatan aktor Fizz Fairuz yang cuba menggoda dirinya. Dek kerana perkara tersebut, kontroversi tidak pernah lekang dengan dirinya.

Advertisement

Pelbagai cacian, hinaan dan kritikan yang diterima oleh Fara termasuklah sengaja mencari publisiti murahan untuk lebih terkenal lebih-lebih lagi selepas Fizz menafikan beliau pernah kenal dengan Fara.

Menerusi Mangga Online, Fara nampaknya tidak mahu memanjangkan lagi perkara berkenaan dan menjelaskan beliau tidak pernah merasa takut untuk berdepan dengan orang ramai kerana berada di pihak yang benar.

Bukan kemahuan saya untuk mencari publisiti. Saya sendiri rasa terkejut apabila perkara ini terjadi dan saya tidak boleh terima ini berlaku. Kalau boleh saya tidak mahu terlibat dengan cerita panas begini. Apa yang saya katakan pun, pasti ada yang akan terus melabelkan saya sebagai perempuan jahat. Biarlah apa tanggapan orang lain. Saya hanya boleh katakan jangan menilai tanpa kenal siapa saya yang sebenar. Saya bukan perempuan jahat.

Kes dengan Fizz Fairuz sebelum ini saya anggap sudah selesai dan tidak mahu ia berpanjangan. Jangan cabar  saya untuk melakukan sebarang tindakan memberi komen atau sebagainya kerana mungkin ada yang menyesal. Hanya Tuhan sahaja tahu apa yang berlaku.

Saya tidak mahu cepat melatah apabila timbul kontroversi sebegini. Bukan saya yang minta.Saya masih seperti biasa dan tidak takut untuk berjumpa orang kerana saya tidak bersalah.

Baru sahaja setahun jagung dalam bidang lakonan, Fara meluahkan rasa syukur kerana mempunyai sahabat yang sering memberikan beliau sokongan dalam menghadapi kontroversi terlampau itu. Fara sedar seseorang itu harus mempunyai semangat yang kuat untu kekal dalam industri hiburan.

Kontroversi begini membuka mata saya bahawa dunia lakonan bukanlah mudah. Perlu jadi seorang yang hati kering menahan gosip. Saya ada keluarga dan rakan-rakan yang banyak beri sokongan. Emma Maembong antaranya yang banyak memberi nasihat. Dia sangat memahami dan apabila saya rasa tertekan dia sedia mendengar.

Mungkin Fara Mendoza tidak mahu mencari publisiti murahan tetapi sekarang ini boleh kata semua orang dah kenal beliau bukan? Walaubagaimanapun, terkenal kerana kontroversi dan bukan bakat dalam lakonan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Sumber Berita: Mangga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...