Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Bukan Lurus Bendul, Cuma Mengalah” – Iqbal Dedah Dipujuk Dengan Kereta RM3 Juta

ahmad iqbal

Hasrat usahawan muda, Ahmad Iqbal Zulkefli untuk mengahwini usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida nampaknya tidak kesampaian.

Ahmad Iqbal yang merupakan bekas pembantu peribadi usahawan sensasi itu dipercayai telah menarik diri selepas mendapat tentangan daripada anak-anak bakal isteri.

Advertisement

Terbaru, Iqbal menerusi hantaran di Instagram Story memberi respon balas kepada salah satu posting yang dibuat Datuk Seri Vida.

Advertisement

Selama ini saya bukan lurus bendul, cuma mengalah.

Menurutnya, dia tidak akan terpukau dengan rintihan palsu yang dibuat bekas kekasihnya itu. Katanya lagi, selama ini dia bukanlah seorang yang lurus bendul sebaliknya hanya mengalah dalam banyak perkara.

ahmad iqbal

Iqbal turut mendedahkan selepas dia menarik diri, pihak Datuk Seri Vida telah menawarkan kereta Bentley bernilai RM3 juta. Namun, Iqbal berkata nilai tersebut tidak dapat membeli hati dan kejujurannya yang telah dikhianati.

Jika ada janda beri hadiah basikal pun saya sanggup berkahwin andai keikhlasan dan ketelusan menyayangi saya.

Tambah usahawan muda ini, dia lebih rela bersama dengan seorang yang miskin atau tidak terlalu rupawan asalkan ikhlas menerima dirinya seadanya.

Di akhir hantaran itu, Iqbal mengakui dia bukanlah seorang yang baik tetapi dia tidak pernah sesekali mempergunakan wanita.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. anonymous

    September 28, 2021 at 11:15 am

    tok bedah ni stim gairah dia tak surut lg tu kat anak ikan dia ni,kena sampai dapat mangsa seterusnya baru la dia lupa si budak ni…hmmmm bedah bedah bila la hg nak sedar diri

  2. Anonymous

    September 28, 2021 at 8:59 am

    boring ler .. just copy paste je..

  3. Anonymous

    September 27, 2021 at 9:04 pm

    boringnya. abang nara dah tak ada topik lain ke?

  4. whatever

    September 27, 2021 at 8:30 pm

    next

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top