Didakwa Permain Perasaan Iqbal, DS Vida Kena ‘Sekolah’ Dengan Netizen

Hiburan

Didakwa Permain Perasaan Iqbal, DS Vida Kena ‘Sekolah’ Dengan Netizen

Jutawan serta pengusaha media sosial Datuk Seri Vida sekali lagi mencuri perhatian apabila dia dilihat telah dikecam netizen kerana didakwa mempermainkan hati dan perasaan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli.

Iqbal DS VIda
3 years ago

Difitnah 'Berselera' Dengan Kaum Sejenis, Ini Jawapan Balas Iqbal Zulkefli

Advertisement

Kecaman dan kritikan itu mula timbul susulan daripada pendedahan Iqbal yang mendedahkan bahawa dia menerima layanan yang kurang baik daripada pengusaha kosmetik itu.

Kata Iqbal, dia pernah dibuang kerja oleh syarikat Vida sebelum dipanggil semula dan ditawarkan dengan wang bernilai jutaan ringgit dan kereta mewah.

Berikutan itu, ramai penyokong Iqbal tampil memberi sedikit nasihat kepada DS Vida dan mengkritik cara layanan wanita itu kepada Iqbal.

Difahamkan, DS Vida sebelum ini ada menguar-uarkan kepada kakitangan dan rakan-rakan mengenai sikap Iqbal yang suka meminta-minta dan menumpang hasil kekayaan dirinya.

DS Vida komenSumber : Instagram DS Vida  
Instagram VidaSumber : Instagram DS Vida  

Malah, DS Vida juga didakwa pernah melakukan kekerasan terhadap Iqbal kerana cembur melihatnya bersama wanita lain.

Terdahulu, nama Iqbal dan DS Vida tiba-tiba sahaja menjadi tular di media sosial apabila mereka berdua mengumumkan akan bernikah pada bulan Disember ini namun hasrat murni itu mendapat tentangan daripada anak Vida iaitu Cik B dan Kacak.

Ia kemudian menjadi melarat apabila muncul pula dakwaan seperti segala yang terjadi hanyalah bertujuan untuk melariskan produk serta beberapa tuduhan lain yang terlalu banyak diperkatakan oleh netizen.

Namun, Sabtu lalu, Iqbal memaklumkan bahawa dia sudah putus ada dan tidak akan memaksa DS Vida untuk bernikah dengannya kerana ingin menjaga maruah diri setelah diperkotak-katik sedemikian rupa oleh usahawan terkenal itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Datuk Seri Vida

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...