Hasrat usahawan muda, Ahmad Iqbal Zulkefli untuk mengahwini usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida nampaknya tidak kesampaian.
Ahmad Iqbal yang merupakan bekas pembantu peribadi usahawan sensasi itu dipercayai telah menarik diri selepas mendapat tentangan daripada anak-anak bakal isteri.
Terbaru, Iqbal menerusi hantaran di Instagram Story memberi respon balas kepada salah satu posting yang dibuat Datuk Seri Vida.
View this post on Instagram
Selama ini saya bukan lurus bendul, cuma mengalah.
Menurutnya, dia tidak akan terpukau dengan rintihan palsu yang dibuat bekas kekasihnya itu. Katanya lagi, selama ini dia bukanlah seorang yang lurus bendul sebaliknya hanya mengalah dalam banyak perkara.
Iqbal turut mendedahkan selepas dia menarik diri, pihak Datuk Seri Vida telah menawarkan kereta Bentley bernilai RM3 juta. Namun, Iqbal berkata nilai tersebut tidak dapat membeli hati dan kejujurannya yang telah dikhianati.
Jika ada janda beri hadiah basikal pun saya sanggup berkahwin andai keikhlasan dan ketelusan menyayangi saya.
Tambah usahawan muda ini, dia lebih rela bersama dengan seorang yang miskin atau tidak terlalu rupawan asalkan ikhlas menerima dirinya seadanya.
Di akhir hantaran itu, Iqbal mengakui dia bukanlah seorang yang baik tetapi dia tidak pernah sesekali mempergunakan wanita.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.