“Saya Bukan Bomoh Tepi Jalan, Tu Semua ‘No Class’..” – Raja Bomoh Bakal Saman RM300 Juta?

Berita

“Saya Bukan Bomoh Tepi Jalan, Tu Semua ‘No Class’..” – Raja Bomoh Bakal Saman RM300 Juta?

Beberapa hari lalu, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan Datuk Ibrahim Md Zin atau dikenali sebagai Raja Bomoh bersama seorang wanita, Puteri Zaleha melakukan ritual ‘halau’ banjir.

Susulan video terbabit, ada beberapa jabatan serta orang ramai ‘menghentam’ Raja Bomoh dengan mendakwa beliau melakukan ritual syirik serta khurafat.

Advertisement

Akui berasa kecewa dengan tuduhan tersebut, beliau menegaskan ritual yang dibuat itu merupakan satu petua orang zaman dahulu dan hanya menggunakan alam semula jadi sahaja.

Selepas melakukan video penjelasan hal sebenar, Raja Bomoh sekali lagi memuat naik satu lagi video mendedahkan dirinya mempunyai ‘kelas’ tersendiri serta tidak akan teragak-agak untuk menyaman pihak yang membuat tuduhan secara melulu dengan jumlah RM300 juta.

Saya sebagai bomoh nujum kepada VIP dan korporat, jangan saudara semua salah anggap ingat saya bomoh tepi jalan, ini bomoh no class.

Terdahulu, menerusi akaun rasmi Facebooknya, dia berkongsi sebuah gambar menunjukkan beliau sedang memegang sebuah salinan laporan polis yang dibuat merujuk kepada kes tersebut.

Sekadar info, selepas tular video ritual Raja Bomoh bersama seorang wanita itu, pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah membuka kertas siasatan, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneliti tindakan sewajarnya.

Raja Bomoh nafi ritual syirik
3 years ago

Raja Bomoh Nafi Dakwaan Buat Ritual Syirik, Niat Hanya Untuk Lindungi Keturunan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...