Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Bukan Anti-Vaksin, Tapi ProSafe..” – Rita Rudaini

Rita Rudaini

Pelakon Rita Rudaini memaklumkan bahawa dia bukanlah seorang anti-vaksin namun lebih selesa digelar sebagai ProSafe.

Advertisement

Jelasnya lagi, dia percaya kepada penggunaan vaksin namun hanyalah kepada kajian yang terperinci dan telah terbukti yakin penggunaannya.

Rita RudainiSumber : Instagram Rita Rudaini  

 

Instagram Rita RudainiSumber : Instagram Rita Rudaini  

Perkara tersebut diterangkan Rita menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya untuk pengetahuan peminat.

Sebelum nak gunakan sesuatu perkataan kena kaji dulu makna. Antara antivaksin dan prosafe. Korang boleh panggil saya prosafe. Saya Rita Rudaini dan saya prosafe.

Kalau saya anti vaksin, tak ada la saya ada cucuk vaksin dan vaksin masa kecil termasuk anak-anak. Nak guna perkataan pun biar jadi pengguna yang bijak menggunakan sesuatu perkataan untuk labelkan sesuatu biar objek dan makna selari.

Rita sebelum ini menjadi bualan hangat netizen apabila dia meluahkan keengganannya mengambil suntikan pelali COVID-19 itu sebelum ini.

Advertisement

Malah, namanya turut digugurkan daripada beberapa syarikat produksi berikutan syarat yang ditetapkan FINAS adalah mewajibkan vaksinasi lengkap buat pelakon dan kru penggambaran sebelum bekerja.

Dia juga dikecam hebat netizen apabila sering memuat naik hantaran berbaur provokasi terhadap penggunaan vaksin COVID-19 di media sosial.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Rita Rudaini
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. Anonymous

    October 16, 2021 at 3:45 pm

    Adakah sebab perangai dia ni laki dia tinggal dulu..seems to me, she is very hard to please.

  2. Anonymous

    October 16, 2021 at 3:38 pm

    Tiba2 prosafe.. baru jumpa perkataan ni agaknya pigi dah. Banyak drama la dia ni

  3. Anonymous

    October 16, 2021 at 10:18 am

    Haaaa… dah nampak dah tu.. dah mula rasa terkesan ke cik kak.. ko duk kat rumah tu mereput.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top