Penyanyi rap penuh kontroversi, Caprice tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Menteri Kesihatan yang memulakan inisiatif memberikan tuala wanita secara percuma di tandas kementeriannya.
Dalam hantaran video yang dimuat naik di Instagram, Caprice dilihat mempersoalkan tindakan Dr Zaliha yang tidak memberikan tuala wanita percuma kepada golongan miskin dan gelandangan.
View this post on Instagram
Katanya lagi, dia tidak boleh menerima tindakan tersebut dan menafikan bahawa dia seorang ‘anti-pakatan harapan’ tetapi anti orang yang membuat perkara bodoh.
Saya tak boleh terima. Come on Malaysia. Kita baru saja keluar daripada Covid. Sesetengah orang fikir saya anti-PH. Saya bukan anti-PH. Saya cuma anti orang dan keputusan bodoh.
Adakah ini Raja Lawak? Kita sebagai rakyat ada hak untuk bersuara dan ini bukanlah permulaan yang baik untuk Malaysia baharu.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi menterinya, Dr Zaliha mengumumkan bahawa pihak mereka akan memulakan program pemberian tuala wanita percuma bagi menangani isu kemiskinan haid.
Inisiatif itu menurut Dr Zaliha dimulakan di pejabat KKM sendiri sebelum dipraktikkan di tempat lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.