“Saya Buat Silap..” Hubungan Cinta Ismail Izzani Dan Shalma Eliana Dah Berakhir

Hiburan

“Saya Buat Silap..” Hubungan Cinta Ismail Izzani Dan Shalma Eliana Dah Berakhir

Penyanyi dan juga pelakon, Ismail Izzani memaklumkan bahawa hubungan cinta antara dia dan penyanyi Shalma Eliana kini sudah berakhir.

Shalma Eliana dan Ismail Izzani
4 years ago

"Shalma Akan Sambung Belajar Di Luar Negara.." Ismail Izzani Hadiahkan Cincin Berlian Sebagai Tanda Cinta

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan Ismail Izzani menerusi sebuah temu bual bersama program hiburan popular Melodi di mana dia memaklumkan bahawa mereka berdua sudah pun membawa haluan masing-masing.

Namun begitu, Ismail dan Shalma masih bersahabat baik meskipun telah memutuskan hubungan cinta yang terjalin sekian lama di usia yang masih muda.

Ya memang benar hubungan saya dengan Shalma Eliana dah putus. Kami memilih untuk membuat haluan masing-masing. Saya pun ada banyak lagi perkara yang saya nak explore dan lalui. Begitu juga dengan Eliana.

Ditanyakan mengenai sebab perhubungan tersebut berakhir, Ismail memberitahu bahawa dirinya ada membuat ‘kesilapan’ sehingga terjadinya perkara sedemikian.

Apa yang boleh saya katakan, saya ada buat silap. I’m messed up. Pada masa sama juga, saya tidak mahu cakap yang saya akan belajar daripada kesilapan saya kerana fokus saya ketika ini adalah untuk diri saya, keluarga dan orang-orang di sekeliling yang banyak bagi semangat.

Manakala bagi Shalma, perpisahan itu telah mengajarnya mengenai banyak perkara memandangkan keduanya masih muda.

Malah, cincin berlian yang pernah diberikan Ismail bekas kekasihnya itu sudah tidak lagi bersamanya kerana dia dan Ismail telah sepakat untuk membuangnya dalam sungai.

“Semasa kami di sungai, saya cakap dengan Eliana, apa kita buang je cincin ni. Itu adalah momennya. Meskipun ia merupakan detik yang sukar, namun saya rasa itu juga merupakan perkara yang terbaik untuk Eliana.” jelasnya mengakhiri temubual.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...