“Saya Boleh Duduk Sebaris Dengan Cef Pizza Terkenal Napoli Tapi….” – Dianggap ‘Kerdil’ Di Malaysia, Jofliam Luah Perasaan

Trending

“Saya Boleh Duduk Sebaris Dengan Cef Pizza Terkenal Napoli Tapi….” – Dianggap ‘Kerdil’ Di Malaysia, Jofliam Luah Perasaan

Pempengaruh yang turut dikenali dengan perniagaan pizza wagyu dari rumah, Jofliam meluahkan rasa sedihnya di Instagram.

Kata suami Cik Epal itu, terdapat cef pizza dari Malaysia yang tidak selesa dengan kehadirannya di dalam bidang ini malah menganggapnya sebagai musuh.

Advertisement

Jelasnya, cef yang dimaksudkan ini juga ‘buat buat’ tak kenal dirinya apabila ditanya oleh pelanggan tetapi mereka follow rakan-rakannya dari Itali.

Jofliam berkata dia tidak pernah menganggap apa yang dilakukan ini sebagai ‘berlawan’ dengan cef pizza yang lain tetapi hanya mahu menggembirakan pelanggan.

Saya buat pizza untuk bagi orang makan. Bagi orang makan ni bukan pertandingan. Jadi saya tak dahagakan langsung untuk menjadi paling terbaik pun.”

komen2

Dia juga akur jika dianggap kerdil dalam bidang ini dan persepsi bahawa dia hanya membuat pizza dari rumah, tiada restoran dan nama yang gah.

Bapa kepada dua anak ini turut mendedahkan ramai cef dari Itali yang dibanggakan di Malaysia ini sebenarnya tidaklah terkenal di Napoli.

Kalau di Itali, saya boleh duduk sebaris dengan Chef Pizza terkenal Napoli. Dilamar syarikat tepung terkenal. Boleh berkawan. Di Malaysia saya kerdil, dianggap tak besar.”

Dalam pada itu, Jofliam turut memaklumkan dia akan bawakan dua cef Napoli yang profesional dan terkenal datang ke Malaysia pada Ogos depan.

komen1

komen

Pizza jofliam Rm150
1 year ago

"Hentikan Fitnah, Saya Rasa Dipergunakan" - Didakwa Tidak Dapat Terima 'Reviu' Jujur, Piza Jofliam Jadi Tumpuan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...