“Hentikan Fitnah, Saya Rasa Dipergunakan” – Didakwa Tidak Dapat Terima ‘Reviu’ Jujur, Piza Jofliam Jadi Tumpuan Netizen

Hiburan

“Hentikan Fitnah, Saya Rasa Dipergunakan” – Didakwa Tidak Dapat Terima ‘Reviu’ Jujur, Piza Jofliam Jadi Tumpuan Netizen

Semalam,tular di media sosial mengenai satu ulasan makanan yang dibuat seorang pensohor TikTok terkenal iaitu Jason mengenai pizza ‘viral’ daripada Jofliam.

Dalam video ulasan makanan tersebut, Jason mengatakan tidak mudah untuk mendapatkan pizza Jofliam tersebut kerana dia mengambil masa tiga minggu hanya untuk membuat tempahan.

Advertisement

Difahamkan, harga pizza berkenaan adalah RM150 sekotak dan Jason berkata ia juga sedap selain memberi ‘rate’ 7.5 bintang. TikTokers itu  turut memberikan pilihan kedai yang  lebih baik dengan harga tiga kali ganda lebih murah berbanding apa yang ditawarkan oleh suami kepada Cik Epal tu.

Gara-gara ulasan Jason, Jofliam tampil memberikan respon balas namun tidak dapat diterima kebanyakan netizen di media sosial.

Kata netizen, Jofliam sepatutnya mengambil ulasan tersebut dengan hati yang terbuka memandangkan dia bukanlah seorang cef bertauliah dan hanya menjualnya di masa lapang.

Berikutan kecaman yang diterimanya, Jofliam kemudian tampil memohon maaf dan mengakui keterlanjuran  kata dan bahasa ketika memberi respon balas kepada video Jason.

Menurut Jofliam, dia ingin membetulkan keadaan dan meminta orang ramai di luar sana agar menghentikan fitnah terhadap dirinya.

Katanya, dia hanya berasa dipergunakan oleh pensohor TikTok berkenaan kerana Jason telah mempromosikan kedai lain sedangkan lelaki itu bersama teman wanitanya tengah membuat ulasan mengenai produk pizza yang diusahakannya.

Khairul aming sambal nyet dr rafidah
1 year ago

"Kalau Tak Biasa Masak, Memang.." - Hanya Tunjuk 'Realiti' Cara Masak, Ini Respon Khairulaming

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...