“Saya Boleh Bagi Peluang Tapi Kalau Dah Curang Lebih Daripada Sekali..” – Shalma Eliana

Hiburan

“Saya Boleh Bagi Peluang Tapi Kalau Dah Curang Lebih Daripada Sekali..” – Shalma Eliana

Penyanyi dan pelakon baharu, Shalma Eliana menegaskan bahawa rakan seperjuangannya yang juga penyanyi, Bunga Isme bukan orang ketiga yang menyebabkan putusnya hubungan cinta antara dirinya dan Ismail Izzani.

Shalma Ismail Izzani
1 bulan lalu

"Saya Buat Silap.." Hubungan Cinta Ismail Izzani Dan Shalma Eliana Dah Berakhir

Advertisement

Shalma atau nama lengkapnya Shalma Eliana Bruhanutheen berharap orang ramai agar berhenti membuat spekulasi dan mengaitkan wanita itu dalam hubungan percintaannya yang sudahpun berakhir.

Shalma Eliana

Tolonglah kalian semua, Bunga tiada kena-mengena langsung dalam hal ini. Hentikan semua ini. Maaf bunga, sayang awak.

Menerusi satu hantaran dalam InstaStory miliknya, Shalma mendedahkan dia tidak suka membazir masa andai dicurangi banyak kali oleh lelaki.

Bagi saya, saya masih mampu beri peluang kepada seseorang tapi kalau dah curang itu berlaku lebih daripada sekali, ‘I gerak lu paper roger je’.

Advertisement

Shalma, 21, turut menitip pesanan kepada peminat agar tidak dipermainkan orang yang sama dalam soal percintaan dan yakin bahawa Tuhan akan kurniakan orang yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

Terdahulu, Bunga mendedahkan bahawa dia terkilan sehingga mengalirkan air mata apabila dituduh netizen sebagai punca retaknya hubungan cinta antara Shalma dan Ismail. Malah, teman lelakinya iaitu Amzar Sabri yang turut tampil menegaskan bahawa kekasihnya itu tiada hubungan cinta langsung dengan Ismail.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. makcik

    November 10, 2021 at 3:55 pm

    die nyanyi lagu ape??

  2. aku tetap aku

    November 10, 2021 at 8:49 am

    tiberrrrrrrr. cinta monyet je dek. panjang lagi perjalanan

  3. Anonymous

    November 9, 2021 at 6:25 pm

    teringin nak publisiti.. org x kenal pun muka hng..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...