“Saya Boleh Ajak Dia Ke Kubur, Tak Ada Masalah” – Shuib Selesa Dengan Watie, Penyayang & Penyabar Macam Arwah Siti Sarah

Hiburan

“Saya Boleh Ajak Dia Ke Kubur, Tak Ada Masalah” – Shuib Selesa Dengan Watie, Penyayang & Penyabar Macam Arwah Siti Sarah

Peminat kini sudah tahu tentang hubungan di antara pelawak, Shuib dan wanita yang sering dikaitkan dengannya sebelum ini, Watie Hanifiah.

Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka seakan-akan tidak merestui hubungan itu dan tidak bersetuju Shuib menjalinkan hubungan dengan wanita berkenaan.

Advertisement

Tuan empunya badan bagaimanapun kini telah tampil mempertahankan Watie dan menjelaskan kepada peminat mengapa hatinya tertarik untuk kenal dengan wanita itu.

Kata penyampai radio itu, Watie boleh menerima dirinya seadanya dan mempunyai ciri-ciri yang seakan sama dengan arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisudddin.

Saya sangat selesa dengan dia. Dia penyayang. Dia boleh diharap dan penyabar. Kalau nak tahu, dia sendiri ada kakak OKU yang tak boleh berjalan dan dialah yang menjaganya sejak kecil.”

Cerita Shuib lagi, Watie juga tiada masalah dan tidak kisah jika diajak pergi ke kubur (arwah Siti Sarah) selain mengakui wanita itu sering cuba untuk menggembirakannya.

Kita hidup dalam realiti, saya hilang orang tersayang dan masih rindu. Dia pun tak boleh halang benda itu. Kalau dia nak cakap apa-apa tentang Sarah, go ahead, saya tak halang.”

MV Tinggalkan Diriku

Terdahulu, kelibat Shuib dan Watie yang berpakaian sedondon di konsert Lah Ahmad meraih perhatian lensa kamera.

Namun, Shuib menafikan tentang dakwaan bakal berkahwin dengan Watie pada Mac ini dan mengakui akan mengumumkan jika sudah mempunyai tarikh.

1 year ago

"Mak Saya Tu Nak Cepat" - Shuib Rancang Nak Bawa Hubungan Dengan Watie Ke Fasa Seterusnya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...