“Mak Saya Tu Nak Cepat” – Shuib Rancang Nak Bawa Hubungan Dengan Watie Ke Fasa Seterusnya

Hiburan

“Mak Saya Tu Nak Cepat” – Shuib Rancang Nak Bawa Hubungan Dengan Watie Ke Fasa Seterusnya

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu mengakui tidak pernah melupakan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin namun menganggap kehadiran usahawan, Watie Hanifiah mempunyai sebab tersendiri.

Sampai ke harini saya masih tercari-cari hari yang saya tak teringat Sarah. Jadi bila ada orang yang datang kepada kita (Watie), mesti ada sebab-sebabnya.

Menurut pelawak berusia 38 tahun itu, dia menyifatkan dia berlaku zalim sekiranya tidak menghargai orang yang hadir dalam kehidupannya.

Saya tak tahu masa depan macam mana, tambah pula ibu saya boleh yakinkan saya. Jadi, itu jawapan paling besar untuk saya.

Bukan itu sahaja, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhammad mendedahkan dia sudah mempunyai perancangan untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

Malah, ibunya turut sering bertanya mengenai perkara tersebut memandangkan anak bongsunya, Ayash Affan sudah semakin membesar.

Kalau ikutkan mak saya tu nak cepat sebab dia fikirkan Ayash. Ayash dah makin besar. Sekarang pun dah nak pakai berjalan.

Dalam pada itu, Shuib memaklumkan Watie turut tidak mempunyai masalah untuk menjaga Ayash memandangkan dia juga pernah menjaga bayi itu sebelum ini.

Cuma masanya belum ditetapkan lagi. Insya Allah bila sudah ada tarikhnya saya pasti akan umumkan.

Advertisement

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff Awang
1 year ago

"Ni Bukan Duit Forex, Ni Buncit Makan Komisen Broker!" - Individu Dakwa Suami Fatin Afeefa 'Kaki Tipu'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...