Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Berubah Bukan Mahu Raih Publisiti – Natasha Hudson

Beberapa hari lepas, ramai yang tersentuh dengan perubahan pelakon dan model Natasha Hudson yang kini tampil dengan imej baharu dengan mengenakan purdah.

Rata-rata pengikutnya di Instagram dan pengguna media sosial lain berdoa agar perubahan Natasha akan kekal sehingga akhir hayatnya.

Advertisement

Agak lama sebenarnya kita tidak mendengar sebarang cerita mengenai Natasha dan namanya kembali hangat diperkatakan kerana isu beliau berhijrah itu.

Tegas Natasha, beliau berubah bukan untuk meraih publisiti dan membuatkan namanya kembali dikenali ramai.

Advertisement

Jika ingin bertanya mengenai perubahan diri saya, rasanya tiada apa yang perlu diulas lagi. Segala-galanya sudah saya kongsi menerusi blog. Saya berubah bukan untuk mempromosikan diri, malah tidak perlu memberitahu satu dunia setiap langkah yang dibuat. Lagipun, saya sudah tidak lagi berada dalam limpahan cahaya dunia hiburan.

Bertabahlah Natahsha dalam usaha untuk berubah. Kadang-kadang memang ada pihak yang akan mempertikaikan perubahan yang kita lakukan. Kami mendoakan yang terbaik buat anda dan terus beristiqamah.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top