December 6th, 2016

Natasha Hudson sebelum ini terkenal sebagai seorang model dan pelakon. Malah, beliau antara wanita jelita yang membuatkan setiap mata terpukau apabila melihatnya.

Umum mengetahui Natasha sudah lama mengenakan hijab dan tidak lagi aktif dalam bidang lakonan dan peragaan.

Walaubagaimanapun, imej terbaru Natasha telah menarik perhatian ramai baru-baru ini. Natasha nampaknya sudah mengenakan niqab dan berhijrah sepenuhnya menjadi seorang muslimah sejati.

Ramai peminat yang mendoakan agar Natasha terus beristiqamah dan berharap agar mereka satu hari nanti dapat mengikut jejak langkah Natasha.

Kami harap penampilan Natasha akan berkekalan. Akan ada dugaan yang melanda untuk menguji keimanan tetapi jangan mudah mengalah dan tetapkan pendirian anda.


Comments are closed.

Loading...