Rata-rata pengikutnya di Instagram dan pengguna media sosial lain berdoa agar perubahan Natasha akan kekal sehingga akhir hayatnya.
Agak lama sebenarnya kita tidak mendengar sebarang cerita mengenai Natasha dan namanya kembali hangat diperkatakan kerana isu beliau berhijrah itu.
Tegas Natasha, beliau berubah bukan untuk meraih publisiti dan membuatkan namanya kembali dikenali ramai.
Jika ingin bertanya mengenai perubahan diri saya, rasanya tiada apa yang perlu diulas lagi. Segala-galanya sudah saya kongsi menerusi blog. Saya berubah bukan untuk mempromosikan diri, malah tidak perlu memberitahu satu dunia setiap langkah yang dibuat. Lagipun, saya sudah tidak lagi berada dalam limpahan cahaya dunia hiburan.
Bertabahlah Natahsha dalam usaha untuk berubah. Kadang-kadang memang ada pihak yang akan mempertikaikan perubahan yang kita lakukan. Kami mendoakan yang terbaik buat anda dan terus beristiqamah.