“Saya Berhutang Nyawa & Budi” – Cadang Keluarkan KWSP Bayar Kos ‘Operation’ Jantung Anak, Siti Nurhaliza Datang Bantu

Hiburan

“Saya Berhutang Nyawa & Budi” – Cadang Keluarkan KWSP Bayar Kos ‘Operation’ Jantung Anak, Siti Nurhaliza Datang Bantu

Sekali lagi nama penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil sebagai TokTi menjadi bualan ramai setelah tular satu kisah diceritakan oleh seorang individu mengenai kebaikan selebriti itu.

Difahamkan dari kisah individu itu, sewaktu dikhabarkan mengenai penyakit anak, dia serta isteri ‘terkedu’ memandangkan kos pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) waktu itu sangat mahal.

Advertisement

Anak saya nak kena operation jantung berlubang. Saya dalam bilik tafsiran dengan isteri. Tiada pilihan, nak keluarkan EPF sebab kos.

@sitism_era? Menjaga Cintamu – Original Soundtrack From Anwar, The Untold Story – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Bagaimanapun, tanpa disangka secara tiba-tiba wakil SimplySiti datang memberi bantuan kewangan serta kos pembedahan dan sememangnya sewaktu itu lelaki terbabit menangis kerana dibantu sewaktu keluarga amat memerlukannya.

Difahamkan, kanak-kanak yang dibantu oleh penyanyi terbabit kini sudah tiada kerana selepas tiga bulan, anak kecil itu pergi meninggalkan mereka sekeluarga.

Dalam pada masa yang sama, lelaki itu berkata dia sekeluarga berhutang nyawa serta budi dengan TokTi dan hingga ke akhir hayatnya dia akan mengenang kebaikan penyanyi itu.

CTDK Baju
9 months ago

"Macam Hantar 'Tailor' Group Taman" - Busana Siti Nurhaliza Di Konsert David Foster Dikritik Tak 'Glamour'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...