“Macam Hantar ‘Tailor’ Group Taman” – Busana Siti Nurhaliza Di Konsert David Foster Dikritik Tak ‘Glamour’

Hiburan

“Macam Hantar ‘Tailor’ Group Taman” – Busana Siti Nurhaliza Di Konsert David Foster Dikritik Tak ‘Glamour’

Malam Isnin lalu, telah berlangsung konsert ‘Hitman : David Foster & Friends Asia World Tour 2023’ di mana penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyumbang suara dalam persembahan beprestij itu.

Pada malam itu, Siti menyampaikan lagu The Power of Love di hadapan 3000 penonton dan diiringi alunan piano oleh komposer muzik terkemuka, David Foster di dalam Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menjengah ke laman Instagram penyanyi kesayangan ramai, Siti Nurhaliza turut memuat naik foto busana yang dipakai pada malam berkenaan namun menuai pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ramai yang kecewa dengan baju yang digayakan Siti kerana ia seolah-olah ‘salah ukur’ dan tidak cantik.

Kata netizen, baju dress berwarna perak dihiasi manik itu seperti dibuat ‘last minute’ dan tidak menepati standard seorang penyanyi lagenda dan tersohor seperti Siti.

Maaf cakap, baju ni macam silap ukur, tak cantik.

Baju ni macam hantar kat tailor group taman je. Ya ampun, tolong laa eh ni Siti Nurhaliza kot pasaipa bagi dia pakai baju ni. Siapa designer?

Tambah mereka lagi, kain baju tersebut juga seperti kain yang dibeli di secara lelong dan tidak kelihatan eksklusif.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

A aida
9 months ago

(VIDEO) "Aku Saman Nanti!" - A. Aida Sindir Pelakon Jangan Cuba Tarik Diri Dari Berlakon 'Last Minute'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...