Sedia maklum, kini penyanyi berasal dari negara Indonesia iaitu Tegar sudah pun menjalankan kehidupan sebagai ayah tunggal selama 6 bulan selepas mengambil keputusan bercerai dengan bekas isteri, Sarah Sheilka.
Biarpun sudah beberapa bulan berpisah, Tegar baru mendapat khabar berita mengejutkan bahawa anak mereka iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian bukanlah anak kandungnya.
Tegar mendakwa bekas isteri sudah hamil sebelum bernikah dengannya tiga tahun yang lalu.
Selama tiga tahun baru tahu selama ini saya dibohongi.. ya dia sudah ada anak (hamil) sebelum bernikah.
Dakwaan tersebut didedahkan oleh penyanyi tersebut melalui TikTok ketika melakukan live.
Ketika netizen bertanyakan gerangan bapa sebenar anak tersebut, Tegar berkata lelaki tersebut adalah kekasih bekas isterinya.
Pelantun lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang sangat yakin dengan tuduhan yang dilakukan hingga sanggup melakukan ujian DNA.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.