Tegar Dihalau Tak Mampu Bayar Sewa, ‘Ex-Wife’ Pula Dah Ada Pengganti Lepas 4 Bulan Cerai?

Trending

Tegar Dihalau Tak Mampu Bayar Sewa, ‘Ex-Wife’ Pula Dah Ada Pengganti Lepas 4 Bulan Cerai?

Hubungan suami isteri penyanyi, Tegar berakhir pada bulan Jun yang lalu dan kebanyakkan pihak berasa terkejut kerana mereka terlihat sangat bahagia, tambahan pula dikurniakan seorang cahaya mata.

Difahamkan, penyanyi tersebut mengalami depresi serta terbeban dengan kewangan keluarga yang perlu ditanggung olehnya.

Advertisement

Baru-baru ini, bekas isteri Tegar dikatakan sudah mempunyai teman pengganti selepas tersebar satu gambar mesranya memakai baju sedondon dengan seorang jejaka.

bekas isteri Tegar

Sementara bekas isteri move on dengan kehidupan seharian seperti biasa, penyanyi berasal dari Indonesia itu kini sedang melalui masalah baru apabila dia berkongsikan dirinya dihalau dari rumah sewa.

Macam mana lagi aku nak bayar rumah sewa? Kasihan dengan orang tua aku. Nak tidur mana Ya Allah. Kenapa aku selalu kena tipu?

Bukan saja tidak mampu membayar duit rumah sewa, malah makanan seharian juga susah untuk dicari.

Difahamkan juga, bekas peserta Big Stage 2022 itu segera diminta untuk keluar dari rumah berkenaan kerana adik kepada penyewa mahu tinggal disitu.

Sekadar info, sekitar tahun 2013, Tegar berjaya menarik perhatian ramai dengan lagunya berjudul Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang, namun kesenangan yang diraih tidak bertahan lama.

2 years ago

"Dia Selalu Pinjam Duit Kawan" - Tegar Dedah Cerai Sebab 'Stress' Tapi Bekas Isteri Ada Cerita Lain?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Merdeka

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...