Saya Bengang Kerana Beliau Mengata Tunang Saya Secara Umum – Hafidz Roshdi

Hiburan

Saya Bengang Kerana Beliau Mengata Tunang Saya Secara Umum – Hafidz Roshdi

Kami pasti ada yang sudah tahu tentang “perang dingin” antara Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi sejak beberapa hari ini. Semuanya berpunca apabila Uqasha menerusi akaun Twitternya menyindir tunang Hafidz yang di sifatkan terlalu “childish” kerana cemburukan kemesraan belai dan Hafidz ketika berlakon didalam drama Tundukkan Playboy Itu.

Advertisement

Sejak itu, mereka saling berbalas kenyataan dan Uqasha juga menganggap Hafidz biadap ketika meluahkan rasa tidak puas hati beliau di Instagram.

Mengakui merasa bengang dengan tindakan Uqasha, Hafidz menjelaskan beliau telah menghubungi Uqasha secara peribadi dan berharap perkara tersebut tidak dipanjangkan lagi.

Saya bengang kerana beliau mengata tunang saya secara umum dan bagi saya, ia tidak patut berlaku. Saya sudah pun menghubunginya berhubung perkara itu. Apapun saya dan tunang masih baik dan isu yang dibangkitkan Uqasha tidak menjejaskan perhubungan kami.

Berbicara mengenai luahan beliau di Instagram, Hafidz sedar kata-kata yang keluar ketika itu adalah keerana beliau sedang merasa sangat marah. Walaubagaimanapun beliau sudah memadam posting berkenaan kerana tidak mahu isu menjadi lebih hangat.

Ketika saya muat naik status itu di Instagram, saya sangat marah. Apabila difikirkan balik, saya tidak patut bertindak sedemikian, seolah-olah masalah itu tiada penghujungnya. Jadi saya padamkan ‘posting’ itu.

Apabila saya berkongsi mengenai kisah tunang cemburu, bukan bermakna perasaan itu dibawa sehingga menjadi pergaduhan. Ia sekadar cemburu biasa, di mana semua pasangan akan merasainya. Tetapi lain pula yang terjadi apabila beliau memuat naik status seperti itu.

Bila ditanya jika beliau masih mahu bekerjasama dengan Uqasha pada masa akan datang, Hafidz enggan memberikan sebarang komen buat masa ini.

Ok lah tu Hafidz Roshdi dah pergi jumpa Uqasha Senrose secara personal untuk menyelesaikan masalah mereka. Harapnya isu ini selepas ini tidak dibangkitkan lagi. Rare betul hero dan heroin bergaduh sebaik sahaja drama mereka tamat. Hehe..

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...