Takut Sangat , Simpan Dalam Almari Ye Dik – Uqasha Senrose Sindir Tunang Hafidz Roshdi

Hiburan

Takut Sangat , Simpan Dalam Almari Ye Dik – Uqasha Senrose Sindir  Tunang Hafidz Roshdi

Minggu lepas, Hafidz Roshdi menerusi sebuah akhbar ada menyatakan bahawa tunangnya cemburu melihat kemesraan beliau bersama Uqasha Senrose ketika berlakon bersama, lebih-lebih lagi Hafidz agak kerap memuat naik fotonya bersama Uqasha di akaun Instagram miliknya.

Advertisement

Namun, semalam Uqasha nampaknya tidak dapat menahan sabarnya dan meluahkan perasaan beliau berhubung isu berkenaan di akaun Twitter rasmi beliau.

Buat Uqasha perkara sebegini tidak perlu dihebohkan kepada pihak media dan seharusnya tunang Hafidz dapat memahami ia sekadar lakonan.

Tweet tersebut mendapat respon yang agak banyak daripada peminat Uqasha. Ada yang menasihati beliau untuk tidak terlalu memikirkan isu berkenaan.

Erm, biasalah tu kalau ada timbul sedikit isu cemburu, lebih-lebih lagi Hafidz Roshdi mesra dengan pelakon yang agak cun dan hot bukan? Harapnya salah faham Uqasha Senrose dan Hafidz tidak berpanjangan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...