“Saya Benar-Benar Nak Masuk, Kerja Dan Bayar Hutang Mak Ayah” – Pengerusi MARA Beri Respon Pantas, Bantu Pelajar Cemerlang Tercicir MRSM

Kehidupan

“Saya Benar-Benar Nak Masuk, Kerja Dan Bayar Hutang Mak Ayah” –  Pengerusi MARA Beri Respon Pantas, Bantu Pelajar Cemerlang Tercicir MRSM

Seorang pelajar cemerlang, Nur Nasuha Nusi,12, meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menjalani ujian kelayakan ke Maktab Rendah Sains Mara dek kerana kemiskinan yang dihadapi keluarganya pada ketika ini.

pengerusi MARA bantu pelajar tercicir ujian kemasukan ke MRSM

Advertisement

Saya benar-benar nak masuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), nak belajar bersungguh-sungguh, kerja dan bayar hutang mak ayah.

Difahamkan, Nasuha sepatutnya menduduki ujian kecenderungan MRSM (UKKM) dan ujian khas International General Certification of Secondary Education (ICGSE) ke Tingkatan Satu 2025 di MRSM Kuala Krai pada 8 Oktober lalu.

Ditemui media, bapa Nasuha, Mohd Nusi Mamat,38, dia tidak melunaskan hasrat anak perempuannya itu kerana tidak mempunyai wang, menghidap sakit gastrik kronik selain hanya memiliki motosikal untuk bergerak ke mana-mana.

@drasyrafwajdi

Insya-Allah, MARA melalui Bahagian Pendidikan Menengah dan MRSM Kuala Krai akan membantu mengambil adik Nasuha esok pagi bagi menduduki ujian Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). Jangan jadikan kemiskinan alasan untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga dipermudahkan dan selamat jaya buat adik Nasuha. #MerakyatkanMARA #MARAGemilang #HidupKuMilikUmmah #HidupBiarBerjasa

? original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Sakit perut ini menyerang saya sehingga ada masanya terlantar sehingga seminggu, saya kini buat kerja kampung jika sihat dengan pendapatan tidak menentu.

Disebabkan keadaan saya, keadaan kewangan keluarga juga terjejas hingga kami sering terputus bekalan makanan.

Menurut Nusi lagi, keluarganya kini hanya mengharapkan ihsan orang ramai dan perlu berhutang demi kelangsungan hidup memandangkan isterinya, Nurul Izzati Nor,31, sedang hamil 7 bulan.

Saya berharap anak masih berpeluang ke MRSM kerana anak sulung, Nurul Natasha Balqistina,13, juga pernah mendapat tawaran yang sama sedangkan ini adalah peluang untuk anak-anak mengubah nasib keluarga kami.

Perkembangan terkini, kisah Nasuha telah mendapat reaksi segera Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan telah berhubung dengan keluarga remaja itu bagi membolehkannya menduduk Ujian Kecenderungan MRSM (UKKM).

“MARA akan cuba sedaya upaya untuk membantu supaya tiada murid cemerlang yang tercicir. Maklumkan terus kepada saya jika ada kes-kes sebegini.” maklum Asyraf Wajdi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rumah dijual di shopee
1 hour ago

Impian Milik Kediaman Sendiri Makin Cerah, Kini Boleh Beli Rumah Teres RM250K Pakai SpayLater

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...