Impian Milik Kediaman Sendiri Makin Cerah, Kini Boleh Beli Rumah Teres RM250K Pakai SpayLater

Gaya Hidup

Impian Milik Kediaman Sendiri Makin Cerah, Kini Boleh Beli Rumah Teres RM250K Pakai SpayLater

Kebiasaannya, penjualan rumah lazim dilakukan menerusi portal pengiklanan seperti iProperty, web rasmi, Property Guru dan sebagainya.

Namun, satu iklan menjual rumah setingkat kos rendah di Kluang ini telah mencuri tumpuan warga maya apabila ia dijual di platform jual beli Shopee dengan harga RM250,000.

Advertisement

Rumah untuk dijual shopee

Dalam iklan tersebut, terdapat beberapa foto memaparkan keadaan dalam dan luar rumah berkenaan.

Malah, pemilik iklan tersebut turut membenarkan mereka yang berminat untuk menggunakan khidmat SpayLater yang disediakan di platform berkenaan.

Rumah untuk dijual shopee

Difahamkan, pengguna boleh membuat bayaran secara ansuran bulanan sekaligus membolehkan sesiapa sahaja berpeluang memiliki rumah sendiri.

Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami di ruangan komen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Kena Kecam Baru Tukar, Tak Fikir Perasaan Keluarga Mangsa” – Buat Akaun TikTok & Tulis Ayat ‘Kerat 8’? Netizen Minta Abah Hayat Diam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.