Baru-baru ini, tular tentang seorang pempengaruh TikTok selepas dia meraikan kejayaannya membeli sebuah kereta mewah idaman hasil kerja kerasnya.
Namun, apa yang hangat diperkatakan adalah tentang kerja paid review yang dilakukan olehnya iaitu mempromosikan judi secara atas talian.
Susulan isu tersebut menjadi bualan hangat, tular pula thread di aplikasi X ini mendedahkan pempengaruh lain yang turut membuat reviu judi online.
Apa yang menjadi perhatian, kebanyakan pempengaruh yang membuat reviu ini beragama Islam dan lebih memalukan menerusi senarai tersebut ramai wanita membawa imej muslimah mempromosikan judi itu.
Bukan itu sahaja, turut tular sebuah video mempamerkan seorang wanita yang bangga menceritakan dirinya berbelanja mewah hasil daripada berjudi secara atas talian.
Saya beli iPhone 15 Pro Max harga RM10K, saya beli emas harga RM6k, RM10k dan bila jumlah semua yang saya belanja hasil M* P*** lebih daripada RM30,000.
Dia sendiri mengaku berbelanja hasil judi MZPlay pic.twitter.com/Lwb76KjSoK
— CEO OF EXPOSE (@druglordfxdl) December 4, 2023
Rata-rata pempengaruh yang mempromosikan judi online tersebut dilihat bangga dan tidak menyembunyikan kehidupan mereka yang berbelanja mewah itu.
Perkongsian itu meraih perhatian dan kritikan warganet di aplikasi tersebut apatah lagi kerana mereka ini mempunyai ramai pengikut serta memberikan pengaruh yang tidak baik.