‘Influencer’ Dituduh Beli Mercedes ‘Cash’ Pakai Duit Reviu Judi Online – “Saya Mengaku Ada Buat Tapi..”

Kehidupan

‘Influencer’ Dituduh Beli Mercedes ‘Cash’ Pakai Duit Reviu Judi Online – “Saya Mengaku Ada Buat Tapi..”

Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Nurinlofa baru-baru ii menjadi tumpuan warga maya gara-gara perkongsiannya membeli kereta mewah Mercedes di usia belasan tahun.

Meskipun ramai yang memuji pencapaian anak gadis itu, namun ada juga yang meluahkan rasa curiga terhadap sumber pendapatan yang diperolehi kerana mampu membeli kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit.

Advertisement
nurinlofaSumber : Twitter  

Setelah ‘dikorek’ warga maya yang prihatin, ada yang mendakwa Nurinlofa pernah mempromosikan sebuah syarikat judi dalam talian iaitu MZPlay dan juga Winbox.

Setelah dikecam dan dikritik, Nurinlofa dikatakan telah menyahaktif akaunnya di platform X sebelum dia tampil memberikan penjelasan.

Saya mengaku memang saya ada buat paid review gambling, tapi saya tegaskan, saya beli merc bukan dari hasil paid review gambling.

Malah, satu kenyataan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai penahanan tiga orang wanita dan juga lima lelaki berkaitan promosi judi haram di media sosial turut menjadi sorotan.

Ada juga yang mengaitkan penahanan itu dengan Nurinlofa namun telah dinafikan gadis itu di TikToknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nazir razak
5 months ago

"T20 Pun Ada 'Penyondol'" - Bapa Kahwin Lain, Luahan Anak Nazir Razak Undang Pelbagai Respon Daripada Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...