Seperti yang kita tahu, Johan dan Fizi Ali kini menjadi sebahagian daripada barisan DJ Hot FM selepas mereka berdua disahkan sebagai anggota terbaharu stesen tersebut.
Johan atau nama sebenar Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 38, bakal bergandingan dengan Fara Fauzana dan AG dalam segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi. Lapor, Kosmo.
Susulan itu, ramai yang bertanyakan mengenai penghijrahannya ke stesen radio Hot FM telah dibayar dengan jumlah tinggi yang didakwa mencecah RM500,000.
Soal bayaran saya no comment.
Bagaimanapun, pelawak itu mengakui dia bekerja untuk duit dan akan memastikan bayaran yang diberi kepadanya adalah berbaloi dengan hasil kerja yang dilakukannya.
Sebab itu saya tak peduli, saya datang dengan ‘barang’ (pengalaman dan pengetahuan) saya, kita buat ini, buat itu. Minta maaf cakap, saya agak tegas dengan AG dan Fafau.
Menurut Johan yang sebelum ini berkhidmat selama 11 tahun menerusi segmen JoHaRa di stesen radio Era, antara faktor utama dia menerima tawaran diberikan adalah ingin menjadikan Hot FM stesen nombor satu.
Memang tanggungjawab besar. Dalam perkara ini, dua saja kalau berjaya mampu, kalau tak ‘mampus’.
Tambahnya lagi, dia cuba untuk menggunakan segala pengalaman dan pengetahuan berkenaan radio, walaupun tidak mempunyai pengetahuan mengenai segala mesin yang berada di konti.
Tapi saya cuba bawakan satu perbualan yang supaya mereka yang dalam kereta dan keadaan kesesakan jalan raya boleh relaks dan join perbualan itu.
Dalam pada itu, Johan berharap pembabitannya sebagai ahli keluarga baharu Hot FM dapat memberikan perubahan kepada stesen radio itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.