“Saya Banyak Berdoa Allah Lembutkan Hati Dia..” – Adira Suhaimi Tenang Kes Cerai Selesai, Hubungan Masih Baik Dengan Datuk Red

Hiburan

“Saya Banyak Berdoa Allah Lembutkan Hati Dia..” – Adira Suhaimi Tenang Kes Cerai Selesai, Hubungan Masih Baik Dengan Datuk Red

Penyanyi popular Adira Suhaimi berasa bersyukur apabila bekas suaminya, usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra digelar sebagai Datuk Red dengan rela hati melepaskannya.

Berdoa di Tanah Suci

Kata Adira, dia telah banyak berdoa di Tanah Suci baru-baru ini semasa dirinya menunaikan ibadah umrah agar dipermudahkan urusan perceraian dirinya dan Datuk Red.

Advertisement

Alhamdulillah, semua dah selesai. Saya sangat bersyukur sebab akhirnya dah selesai. Saya banyak berdoa agar Allah lembutkan hati dia.

 

Sejujurnya saya memang banyak berdoa di Tanah Suci. Alhamdulillah saya sangat bersyukur doa makbul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Kekalkan hubungan baik

Tambahan pula, penyanyi lagu Pujaan Hati ini memberitahu dia memilih untuk mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya itu agar mereka mudah untuk berkomunikasi selepas ini.

Tak semestinya nak bercerai kena bergaduh, tak perlu nak buka aib pasangan masing-masing. Macam mana pun anak-anak tetap kami akan besarkan bersama.

 

Kami ambil langkah untuk tidak bergaduh supaya senang untuk berhubung selepas itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Sekadar info, Datuk Red telah melafazkan talak satu sekitar 9.45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor.

Terdahulu, Adira telah memfailkan kes cerai terhadap Datuk Red pada 25 Oktober lalu.

Datuk red adira
1 week ago

Adira Suhaimi Bercerai Talak Satu, Tidak Tuntut Sebarang Nafkah Daripada Datuk Red

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...