Adira Suhaimi Bercerai Talak Satu, Tidak Tuntut Sebarang Nafkah Daripada Datuk Red

Hiburan

Adira Suhaimi Bercerai Talak Satu, Tidak Tuntut Sebarang Nafkah Daripada Datuk Red

Penyanyi Adira Suhaimi dilaporkan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan penyanyi itu ketika ditemui media di perkarangan mahkamah di mana lafaz cerai itu dilakukan Datuk Red di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar jam 9.45 pagi.

Advertisement

Adira yang ditemui kelihatan tenang manakala bekas suaminya itu sedikit sugul dan sayu.

Dia dalam pada itu turut  memaklumkan bahawa telah bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.

Adira sebelum ini telah memfailkan cerai terhadap usahawan itu pada 25 Oktober 2023.

Pelantun lagu Ku Ada Kamu itu telah bernikah dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Norman
2 weeks ago

(VIDEO) "Adik Doa Supaya Dosa Papa Bagi Dekat Adik, Pahala Adik Bagi Dekat Papa" - Marissa Mohon Ampun Pada Norman Hakim Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...