Saya Anggap Tegar Seperti Anak Sendiri- Arif Dollah

Hiburan

Saya Anggap Tegar Seperti Anak Sendiri- Arif Dollah

Konflik diantara penyanyi Tegar dan bekas pengurusnya Arif Dollah semakin hari semakin panas. Dituduh pada mulanya melarikan pasport milik Tegar kemudian didakwa meliwat kanak-kanak tersebut sehinggalah pendedahan eksklusif oleh bekas anak tirinya seorang penyanyi daripada Singapura yang turut mendakwa pernah menjadi mangsa seksual Arif.

Walaubagaimanapun, sehingga kini pihak Tegar masih belum mempunyai bukti yang kukuh atas pertuduhan mereka apabila tidak menunjukkan hasil laporan pemeriksaan jika benar beliau diliwat ataupun sebaliknya.

Advertisement

Dalam kenyataan terbaru, Arif mempersoalkan tindakan Tegar yang hanya menimbulkan isu ini ketika beliau berada di Malaysia dan bukan sewaktu di Indonesia. Pada masa yang sama Arif  juga menjawab dakwaan beliau menyekat wang hasil persembahan Tegar hingga membuatkan penyanyi itu kembali mengemis, katanya tuduhan itu tidak benar kerana pembayaran yang diterima Tegar berdasarkan persembahan sahaja dan beliau akan mengirim wang kepada ibunya selepas selesai persembahan.

Untuk pengetahuan, pembayaran yang diterima Tegar berdasarkan persembahan sahaja dan saya akan mengirim wang kepada ibunya selepas selesai persembahan. Kalau lewat ibunya akan asyik menghubungi saya sehingga wang dimasukkan dalam akaun.

Selain ibu bapanya, Tegar juga perlu menyara empat adik tiri, nenek dan saudara-maranya. Jadi tuduhan itu tidak benar sekali. Dalam isu ini, cuba fikir berapa banyak yang diterima Tegar selepas wang persembahan digunakan untuk membayar perbelanjaan pengurusan. Saya hairan, Tegar sendiri dalam temu bual dengan sebuah stesen radio di Singapura baru-baru ini mengatakan ibunya tidak mengemis.

Mengenai  dakwaan Sufie pula, Arif tidak mahu memberikan komen lanjut tetapi beliau hairan kenapa baru sekarang Sufie mahu memberitahu hal tersebut dan agak pelik apabila beliau memberikan kenyataan bercanggah kepada pihak media. Ini kerana sebelum ini Sufie menafikan ibu beliau pernah berkahwin dengan Arif di laman Facebook miliknya.

Selama ini, Sufie tidak pernah membuka cerita mengenai dakwaan itu sehinggalah kes Tegar timbul. Mengenai hal ini, saya tidak mahu komen banyak kerana menjaga aib ibu serta keluarga Sufie. Cuma saya pelik kenapa Sufie boleh memberi kenyataan berbeza kepada media kerana di laman Facebook miliknya, dia menafikan ibunya pernah berkahwin dengan saya.

Masalah sebegini pasti akan berpanjangan sekiranya tiada bukti yang dikemukakan. Masing-masing akan cuba menegakkan benang yang basah. Jadi jika Tegar berada di pihak yang benar, silalah tampil dengan sokongan kepada kata-kata anda sebelum ini.

Sumber Berita: Harian Metro

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...