“Saya Amat Terbuka” – Adam Shahz Nak Bersemuka Dengan Fatin Afeefa, Mahu Tuntut Hak Penjagaan Anak

Hiburan

“Saya Amat Terbuka” – Adam Shahz Nak Bersemuka Dengan Fatin Afeefa, Mahu Tuntut Hak Penjagaan Anak

Sebelum ini kecoh tentang konflik rumah tangga pelakon Adam Shahz dan bekas isteri, Fatin Afeefa yang menarik perhatian orang ramai.

Tidak mahu memanjangkan isu, Adam Shahz mendedahkan dia mahu bersemuka dengan Fatin bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Advertisement

Memetik laporan mStar, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, memberitahu Fatin telah menyekat nombor telefon menjadikannya sukar untuk berjumpa namun dia bersikap terbuka jika bekas isterinya itu mahu bersemuka dan berbincang.

Sekarang ini nombor telefon saya sudah disekat dan sukar untuk berjumpa. Tetapi jika dia mahu bersemuka dan berbincang untuk selesaikan semua masalah saya amat terbuka.”

Tambahnya lagi, segala hasil keputusan perbincangan perlulah dimeterai di mahkamah kerana tidak mahu hanya berjanji mulut sahaja.

Segala keputusan perbincangan itu nanti haruslah berakhir di mahkamah. Saya sudah serik dengan janji selama ini. Selepas lima tahun berpisah asyik cakap mulut sahaja dan beginilah jadinya.”

Bercerita tentang nafkah anak, Adam menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Fatin yang mendakwa dia gagal membayar tuntutan nafkah bulanan seperti ditetapkan selepas mereka bercerai pada 30 Mei 2017.

Adam juga memberitahu Fatin menghalang dia daripada berjumpa dengan anak-anak dan mahu mengambil keputusan untuk membawa perihal tersebut ke mahkamah bagi menuntut hak penjagaan anak.

Pastinya saya akan bawa hal ini ke mahkamah dan menuntut hak penjagaan anak. Saya mahu pertahankan hak saya dan bukan sekadar timbulkan provokasi.”

Pelakon filem Juvana itu menyatakan mengetahui banyak kenyataan yang dikeluarkan Fatin melalui penceritaan orang sekeliling dan tidak dapat mengelak daripada menjadi bahan kecaman.

Dalam pada itu, Adam juga berharap agar Fatin tidak membuka kisah lama tentang perihal rumah tangga mereka kepada orang ramai.

1 year ago

"Pastu Acah-Acah Victim Kata Aku Tak Tengok Anak" - Adam Shahz Kena 'Block' Dengan Siapa?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...